RENCANA: Covid-19, kematian kanak-kanak dan golongan muda.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








KETIKA penulisan ini dihasilkan, jumlah jangkitan virus Covid-19 di negara ini berjumlah hampir 50,000 kes dengan lebih 300 kematian.

Kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi pada gelombang ketiga meletakkan Malaysia berada di kedudukan ke-85 di kalangan lebih 200 wilayah dan negara di seluruh dunia.

Sekadar mengambil tempoh pemerhatian 25 hari lalu, kematian di negara ini turut membabitkan dua kanak-kanak dan golongan muda tidak berpenyakit.

Kematian membabitkan golongan muda tidak berpenyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung itu harus dijadikan pengajaran bahawa virus Covid-19 ini semakin merbahaya dan mampu membunuh sesiapa sahaja.

Perbezaan pemikiran, ideologi, fahaman dan agama harus diketepi demi mencapai matlamat memutuskan rangkaian virus pembunuh ini.

Penulis akui usaha capai matlamat ketepikan segala pandangan berbeza tidak semudah dicadang atau diharapkan kerana ianya memerlukan semangat kental serta bermula dari diri seseorang individu.

Setiap seorang daripada pembaca, pastinya mempunyai perbezaan dari segi tahap ilmu pengetahuan, pengalaman dan sebagainya. Perbezaan itulah antara faktor penyebab pendirian seseorang dalam sesuatu perbincangan atau isu yang dikemukakan.

Bagaimanapun kematian babitkan kanak-kanak dan warga akibat virus Covid-19 berupaya dielakkan jika rantaian nyawa virus pembunuh ini dihapuskan. 

Usaha paling berkesan adalah setiap rakyat negara ini ketepikan pendiriannya dalam sesuatu aliran pemikiran, fahaman atau hal-hal yang menyebabkan usaha memutuskan rantaian nyawa virus itu terganggu.

Ketika penulisan ini dihasilkan, tiada vaksin penyembuh ditemui dan harapan golongan kanak-kanak dan warga emas yang berisiko dijangkiti hanya melalui usaha memutuskan rantaian nyawa virus pembunuh itu.

Virus pembunuh ini tidak akan mengenal siapa yang dijangkiti tetapi virus ini berupaya dihalang daripada terus tersebar melalui usaha memutuskan rantaian penularannya.

Semoga kebebasan kehidupan yang pernah dilalui hampir setahun lalu dapat dinikmati kembali kerana tempoh masa itu semakin terasa perit untuk dilalui.


(Artikel ini dikemaskini pada 16.11.2020: jam 1.00am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.