COVID-19: Pandemiknya, halalkan maklumat rahsia?

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








SEJAK penularan  covid-19 pada Mac 2020 lalu di negara, kini negara sedang berhadapan gelombang ketiga virus pembunuh Covid-19.

Berbeza gelombang pertama dan kedua yang berlaku pada awal dan pertengahan tahun ini, penularannya dapat dikawal dengan baik. 

Bagaimanapun, gelombang ketiga dilihat menimbulkan ancaman ekonomi serta fahaman politik berbeza, dilihat semakin pengaruhi masyarakat negara ini.

Penularan dalam negara membimbangkan walaupun Malaysia antara negara yang dikatakan masih berjaya mengawal penularannya. 

Berbanding negara jiran seperti Philipina dan Indonesia yang hampir dan sudah melepasi angka jangkitan lebih 400,000.

Dalam situasi semasa negara masih dalam krisis politik mulai 'panas' semula selepas reda beberapa bulan lalu kini pembincangan serta kerjasama mencegah virus pembunuh ini seolah-olah perbincangan kedua penting berbanding perbincangan politik semasa.

Pemerhatian penulis di media sosial seperti telegram, facebook, twitter dan beberapa media sosial lain mendapati perbincangan politik oleh segelintir individu kurang menjaga adab semasa menulis atau menampilkan pandangan di media sosial.

Pelbagai bahasa yang tidak beradab ditonjolkan di kebanyakan media sosial dan seolah-olah mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutamanya, bebas daripada pengaruh politik.

Malah, terdapat pemilik media sosial seolah-olah akur dengan desakan beberapa pelayar media sosial supaya mendedahkan lebih awal jumlah jangkitan harian.

Akur dengan kehendak pelayar media sosial hingga mendahului kenyataan rasmi daripada yang memegang kuasa siaran seolah-olah tidak lagi dibimbangi dalam organisasi kerajaan terbabit.

Haruskah dipenuhi kehendak pelayar media sosial demi mengawal penularan pandemik Covid-19 di negara ini?

Penulis berpandangan maklumat rasmi kerajaan harus dipelihara kerana ianya boleh dijadikan sebagai 'back fire' kepada sesuatu organisasi terutamanya.

Contohnya, terdapat siaran di media sosial tertentu menyatakan dengan perkataan 'maklumat tidak rasmi' lebih sejam awal sebelum sesuatu sidang media diadakan. Apabila sidang media diadakan, jumlahnya sama seperti dinyatakan 'maklumat tidak rasmi' terbabit.

Sejam adalah satu tempoh yang sesuai untuk individu tertentu yang tidak bertanggungjawab menggunakan maklumat yang diperolehi itu bagi agenda peribadi atau agenda lain.

Semoga masyarakat negara ini bersatu hati menyekat penularan pandemik Covid-19 yang dilihat semakin dapat dikawal dengan baik. 


(Penulisan ini dikemaskini pada 2.1.2020: jam 9.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.