HIV: Digeruni, penawarnya sudah ditemui?


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar hiasan

HINGGA penulisan ini dihasilkan, pesakit Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit yang lebih dikenali Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) yang diserang virus dikenali human immunodeficiency virus (HIV) atau dalam bahasa Melayu dikenali virus kurang imun manusia sudah menjangkiti kira-kira 38 juta manusia di seluruh dunia.

Sebaran virus HIV adalah melalui cecair dari badan seseorang yang dijangkiti virus HIV. Seterusnya, menyebabkan sistem pertahanan badan lemah hingga memudahkannya dijangkiti bakteria hingga menyebabkan sakit kronik.

Jangkitan HIV dan AIDS di Malaysia dilaporkan bermula 1986 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sebanyak 105,189 jangkitan HIV dan AIDS pula sejumlah 21,384 kes. Daripada jumlah itu kematian dicatatkan sebanyak 17,096 yang dikaitkan dengan jangkitan berbahaya itu.

Sekitar tahun 1990an berlaku peningkatan mendadak pesakit HIV di Malaysia. Bagaimanapun, apabila para saintis perkenalkan tiga kombinasi rawatan Antiretroviral (ART) pada tahun 1995, kadar jangkitan HIV di negara ini mulai berkurangan.

Seseorang pesakit HIV hanya mempunyai jangka hayat hingga 11 tahun jika tidak dirawat dan rawatan berterusan diperlukan bagi pesakit terbabit untuk terus hidup.

Benarkah penawar virus berbahaya ini sudah ditemui dan memberi harapan kira-kira 38 juta pengidap virus berbahaya ini di seluruh dunia pada kini.

Berdasarkan laporan media antarabangsa, Timothy Ray Brown dan lebih dikenali sebagai 'pesakit Berlin', pernah menerima sel stem dengan kehadiran 'mutasi genetik' semasa jalani pemindahan tulang sumsum bagi merawat kanser darah yang dihidapi.

Selepas beberapa tahun jalani pembedahan itu, Brown disahkan individu pertama sembuh daripada HIV pada tahun 2011.

Bagaimanapun, Brown dikatakan kini mengidap barah darah dan penyakit itu sedang mengancam nyawanya.

Individu kedua yang menjalani rawatan sama seperti Brown dikenali 'Pesakit London' atau nama sebenarnya Adam Castillejo, 40, berasal dari Venezuela.

Dikatakan, lelaki terbabit sudah sembuh daripada penyakit AIDS apabila pakar yang merawatnya mendakwa tidak menemui virus penyebab AIDS dalam darahnya selama 18 bulan.

Brown dan Castillejo adalah individu yang awal daripada 34 juta pesakit AIDS di seluruh dunia yang disahkan dari sudut sains moden sudah pulih daripada jangkitan virus berbahaya itu.

Pakar perubatan memerlukan tempoh kira-kira 40 tahun untuk mengkaji bagi mendapatkan rawatan sesuai memulihkan pesakit AIDS dan hanya dua orang disahkan pulih daripada penyakit berbahaya itu.

Tempoh kajian hingga ditemui penawarnya adalah sangat lama kerana sebahagian pengkaji mendakwa virus berbahaya itu sudah menular ke dalam komuniti manusia hampir 100 tahun lalu.

Tempoh hampir 100 tahun adalah satu tempoh yang terlalu lama dan memberi virus HIV bermutasi beribu atau berjuta kali hingga mustahil untuk dihapus penularannya.

Hari ini, dunia terus diancam dengan pelbagai virus dan terkini virus yang dikenali Covid-19 dan sudah menjangkiti lebih 33 juta manusia dan kematian lepasi angka 100,000.


Rujukan:

https://ms.wikipedia.org/wiki/HIV
https://www.moh.gov.my
https://www.coronatracker.com/

(Penulisan ini dikemaskini pada 27.9.2020: jam 8.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.