ISU SEMASA: Pasca Covid-19, belanjawan 2021
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
PEMBENTANGAN Perbelanjaan Persekutuan 2021 yang dilakukan oleh Yang Berhormat Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu sangat dinantikan oleh sebilangan besar rakyat negara ini.
Beberapa minggu sebelum pembentangan itu, pelbagai pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak termasuk ahli-ahli politik, badan bukan kerajaan, pakar-pakar ekonomi dan pelbagai individu diambil pandangan supaya anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 itu memberi kepuasan kepada semua pihak.
Pengeluaran sebahagian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diwarwarkan berjumlah RM10,000 setiap pencarum adalah paling dinanti-nantikan.
Lewat petang 6 November lalu, teka-teki mengenainya terjawab apabila pencarum KWSP diberi kemudahan pengeluaran simpanan daripada akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.
Secara ringkasnya, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 seperti berikut:
Anggaran perbelanjaan mengurus:
a. Perbelanjaan Tanggungan : RM72,388,343,200
b. Perbelanjaan Bekalan : RM164,151,656,800
RM236,540,000,000
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan:
a. Cara langsung : RM67,299,977,000
b. Pinjaman : RM1,700,023,000
c. Simpanan luar jangka : RM2,000,000,000
RM71,000,000,000
Jumlah Anggaran Perbelanjaan Persekutuan RM307,540,000,000
Sumber: Portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia
Semoga pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara dan dunia pada hari ini dijadikan iktibar supaya semua rakyat negara ini bersatu menghadapi ancamannya.
Hanya melalui kaedah kerjasama, ketepikan pelbagai aliran pemikiran pandemik virus pembunuh ini dapat dilenyapkan dari bumi Malaysia terutamanya.
(Artikel ini dikemaskini pada 7.11.2020: jam 4.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan