COVID-19: Ya Tuhan, satukanlah hati kami harungi derita ini.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com










Ya Tuhanku, satukanlah hati kami hadapi wabak Covid-19 yang sedang melanda negara. Sesungguhnya hanya padaMu kami berserah supaya kebahagian dapat dinikmati kembali.

Hampir setahun lalu, kehidupan kami terasa bahagia, tetapi kebahagian itu seolah-olah hilang daripada kehidupan kami kini.

Satu demi satu kami kehilangan orang tersayang, satu demi satu kami kehilangan pekerjaan, satu demi satu kami tidak mampu bertemu orang tersayang. Kehilangan yang semakin sukar untuk kami harungi kini.

Ya Tuhanku, seandainya di masa lalu kami terlalu leka hingga mengabaikan orang yang harus disayangi, maafkan kami dan berikanlah kami peluang kedua untuk melaksanakan tanggungjawab kami itu.

Seandainya, kemewahan yang pernah dikecapi suatu dahulu melekakan kami, berilah kami peluang kedua supaya kemewahan itu memberi ruang untuk kami berbaik antara kami dan mendekatiMu selalu.

Ya Tuhan, kami akui hanya padaMu mampu mengembalikan kebahagian yang pernah kami nikmati suatu masa dahulu.

Ya Tuhan kami, berilah peluang kedua kepada kami supaya kesilapan lalu dapat diperbaiki supaya kehidupan kami di dunia ini diberkati-Mu.

Wahai sahabatku, seandainya detik ini adalah detik terakhir kita bertemu di sini, maafkan aku seandainya pernah melukakan hatimu. Hakikat yang sebenarya aku ini adalah manusia biasa, suatu masa nanti akan kembali kepada Penciptaku yang sebenarnya.



(Artikel ini dikemaskini pada 4.11.2020: jam 2.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.