RENCANA: Lanjutkan monatorium, beban atau penyelesaian kewangan?

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com








Kalau saya tahu, tidak saya bersetuju mengambil monatorium yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia bermula pada April 2020 lalu.

Sebagai warganegara yang bakal memasuki usia emas beberapa bulan sahaja lagi, saya mengharapkan pada usia itu tiada lagi beban hutang dari mana-mana institusi kewangan. 

Malangnya, harapan itu seolah-olah terganggu kerana masih perlu membayar faedah yang tidak diketahui kewujudannya serta terlepas pandang seperti mana ditetapkan oleh pihak bank perdagangan.  

Saya bukannya pakar dalam bidang ekonomi dan salah seorang warga Malaysia yang gembira apabila tidak perlu membayar sebarang pinjaman dengan bank perdagangan sepanjang tempoh monatorium lalu.

Kini, baru-baru ini saya sedar kesilapan menerima monatorium bermula pada April lalu apabila dihubungi pihak bank dan dimaklumkan ansuran pinjaman rumah ada tunggakan. 

Apabila disemak melalui 'banking online' didapati memang ada tunggakan, sebanyak RM90 walaupun sebelum ini saya membayar lebih sebulan ansuran bulanan berkenaan.

Selepas disemak berkali-kali, baru saya tahu rupa-rupanya ada faedah yang tidak diketahui atau terlepas pandang apabila bersetuju menerima tawaran monatorium itu.

Contohnya, bayaran ansuran bulanan rumah RM650 + RM90 (faedah monatorium) = RM740. Kini, untuk beberapa bulan akan datang, kemungkinan saya perlu membayar RM740, bukannya RM650.

Sekali lagi, saya menafikan bahawa diri ini bukannya pakar ekonomi. Berapakah jumlah perlu dibayar kepada bank perdagangan yang memberi pinjaman, jika sekali lagi saya mohon lanjutkan monatorium?

Sekadar anggaran, pastinya lebih RM740 atau lebih RM800. Mampukah saya membayarnya apabila tamat monatorium yang diluluskan buat kali kedua?

Sekadar renungan bersama, saya yakin pembaca penulisan ini juga mengharapkan kehidupan lebih baik berbanding hari ini. Fikirlah berkali-kali samada menerima monatorium atau sebaliknya?

Melanjutkan monatorium bermakna kita akan rasa sedikit kelegaan kerana tidak perlu membayar hutang dalam tempoh beberapa bulan, 

Tetapi, hutang itu akan bertambah selepas monatorium berakhir dan mampukah hutang yang tertangguh itu dibayar bersama faedahnya?

Akhir bicara, sebagai warga negara Malaysia yang hampir memasuki usia emas, saya mengharapkan keselesaan pada usia itu.

Saya juga yakin, ramai yang seusia saya harapkan seperti mana yang diharapkan. Bagi mereka yang berusia 40-an, 30-an, jika dizinkan-Nya, kalian tetap akan berada pada usia kami.

Fikir-fikirkanlah, semoga usia emas kita lebih terjamin dan dapat beribadat pada Allah S.W.T dengan lebih baik, keluarga yang dibina bersama orang tersayang juga dapat jalani kehidupan dengan baik dan selesa.

(Artikel ini dikemaskini pada 11.11.2020: jam 4.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.