COVID-19: Bermutasi, virus semakin kebal.
Pada awal Oktober lalu, kajian yang diketuai Profesor Madya Zeynep Cetecioglu Gurol dari Institut Teknologi Diraja (KTH), Sweden, mendapati terdapat sisa virus Covid-19 dalam air kumbahan yang dikaji.
Menurut Cetecioglu Gurol, ujian air kumbahan yang menemui sisa virus Covid-19 pada air kumbahan memberi pandangan yang lebih luas mengenai penyebaran virus berbahaya itu.
Baru-baru ini, China diancam kembali Covid-19 apabila dua pekerja pelabuhan di negara itu disahkan positif Covid-19 yang bermutasi dan mampu bertahan lama di tempat sejuk beku.
Pengesanan itu susulan dua pekerja pelabuhan di bahagian pemunggahan makanan laut sejuk beku di bandar Qingdao, Shandong, didapati positif Covid-19.
Pusat kawalan penyakit China menemui virus berkenaan ketika melakukan rutin pengujian sampel makanan sejuk beku yang diimport susulan penularan gelombang baru Covid-19 yang dikaitkan dengan pasar borong Xinfadi di Beijing.
Pada Julai lalu, pihak berkuasa China turut menemui virus Covid-19 pada bungkusan udang yang diimport dari Ecuador dan tindakan segera menggantung pengimportan produk sejuk beku dari negara berkenaan.
Pada masa kini, berdasarkan pemerhatian penulis dari laporan media antarabangsa, hanya kerajaan China melaporkan bahawa terdapat virus Covid-19 di makanan sejuk beku yang diimport terutama dari negara-negara terjejas teruk akibat Covid-19.
(Penulisan ini dikemaskini pada 19.10.2020: jam 2.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan