RENCANA: Elemen minat berita semasa Covid-19
SEJAK pandemik Covid-19 menular ke seluruh dunia, pelbagai berita tersebar mengenainya. Kadangkala berita terbabit tidak pernah dianggap sebagai sesuatu yang menarik untuk didekati.
Sesuatu peristiwa yang berlaku pastinya akan menarik minat orang ramai apabila mempunyai elemen kedekatan, terkini, impak, konflik, personaliti dan unsur kemanusiaan.
Elemen kedekatan. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia hari ini terlalu dekat dengan masyarakat Malaysia, membuatkannya menjadi perbincangan paling diminati.
Terkini, persidangan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sentiasa dinant-nanti setiap hari kerana persidangan itu akan dimaklumkan jangkitan harian dan beberapa maklumat yang dikehendaki oleh orang ramai.
Impak, ianya juga membabitkan kesan yang berlaku atau bakal berlaku kepada penduduk di sesuatu kawasan apabila jumlah jangkitan Covid-19 bertambah atau berkurang setiap hari.
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan
Catat Ulasan