COVID-19: Data kematian 24 hari, 93% babitkan warga emas.

 Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








KEMATIAN babitkan warga emas diakibatkan pandemik Covid-19 di negara ini terlalu membimbangkan. Data 24 hari dalam koleksi penulis mendapati kira-kira 93 peratus kematian adalah golongan warga emas.

Sepanjang tempoh itu, terdapat kira-kira 80 kematian di seluruh negara. Daripada jumlah itu hanya enam kes kematian akibat Covid-19 babitkan golongan muda, berusia 21 hingga 47 tahun.

Warga emas terbabit berhak untuk meneruskan kehidupan dan tidak seharusnya nyawa mereka berakhir dengan jangkitan Covid-19.

Golongan terbabit juga harus dilindungi daripada virus pembunuh ini, dan mereka yang hampir dengan golongan warga emas seharusnya sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan ketika bersama golongan berkenaan.

Semoga virus pembunuh ini segera ditemui vaksin penyembuhnya bagi membolehkan negara yang disayangi dan dicintai ini kekal aman.


(Artikel ini dikemaskini pada 14.11.2020: jam 7.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.