RENCANA: Media perdana nazak, media sosial mengukuh.
Pensyarah Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Sulaimansalleh2015@gmail.com KEBANYAKAN kehidupan penduduk di kebanyakan negara kini dikuasai mesin dikenali media sosial. Media sosial hari ini begitu sinonim di kalangan golongan kanak-kanak, remaja, dan golongan muda. Malah, semakin ramai warga emas menggunakan media sosial sebagai alat berkomunikasi. Kurang faham menggunakan media sosial sering dianggap ketinggalan zaman kerana tidak ikuti perkembangan baharu dalam teknologi komunikasi media. Sejak media sosial semakin menunjukkan 'taring' pengaruhi masyarakat dunia di kebanyakan negara, pelbagai keluhan kini berlaku antaranya terdapat media perdana yang pernah mendapat sambutan hangat beberapa dekad lalu kini terpaksa 'gulung tikar' atau menutup operasi. Keganasan media sosial mengugat jualan dan pendapatan syarikat media di kebanyakan negara, ancamannya semakin ketara apabila jualan akhbar di negara ini juga semaki...