Catatan

RENCANA: Catatan hampir usia 50 tahun.

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com TARIKH 8hb Jun 2021, tempoh kurang dua bulan, usia penulis genap 50 tahun. Pada usia warga emas, terimbau pelbagai liku-liku perjalanan pernah diharungi terutamanya perjalanan sebagai seorang penulis. Penulis ceburi bidang penulisan sekitar awal tahun 1990-an iaitu pada usia 19 tahun, didorong jiwa memberontak penulis menjadikan penulisan sebagai laluan untuk mencurahkan perkara-perkara yang bermain di fikiran. Kebanyakan karya-karya sajak dan cerpen yang dihasilkan dihantar ke media-media cetak dan elektronik ketika itu, antaranya Berita Harian, Utusan Malaysia, Radio 3 Melaka, Radio 3 Johor Bahru dan beberapa majalah lain. Setiap bayaran sajak yang diterima berjumlah antara RM15 hingga RM20 setiap kali karya disiarkan. Bayaran yang diterima memberi semangat kepada penulis untuk terus berkarya. Hampir setiap bulan, penulis mendapat hampir RM100 hingga RM150 hasil daripada karya yang disiarkan. Bayaran yang diterima itu dianggap lumayan ketika itu k...

RENCANA: Bersedekah, memberiku keajaiban.

Sulaimansalleh2015@gmail.com BERSEDEKAH sangat mulia di sisi Islam. Kisah seorang hamba Allah, rutin kehidupannya dijadikan aktiviti bersedekah sebagai sebahagian daripada aktiviti utama kehidupannya. Setiap kali apabila diperolehi apa-apa pendapatan, samada sumber gaji bulanan, bonus tahunan, perniagaan perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan atau apa-apa sumber pendapatan yang diperolehi, akan disedekah sebahagian daripadanya. Suatu hari, hamba Allah terbabit perlu jalani rawatan di sebuah pusat rawatan dan perbelanjaannya sangat tinggi hingga perlu mengurangkan perbelanjaan harian diri dan keluarganya. Sebaik semakin pulih dan mampu bergerak sendiri, hamba Allah terbabit teruskan rutin kehidupannya bersedekah. Ketika itu, pada pagi ketika dirinya mahu bersedekah, dirinya hanya mampu bersedekah RM2, berbeza daripada kemampuannya sebelum ini. Tengahari, pada hari sama, hamba Allah terbabit menerima mesej bahawa dia perlu jelaskan bil tertunggak hampir RM200 pada hari mesej itu diteri...

COVID-19: Mac, enam laporan di Sebenarnya.my

Imej
 Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia SIKAP individu tidak bertanggungjawab dilihat masih menyebarkan maklumat palsu serta kurang tepat mengenai Covid-19 di kebanyakan media sosial. Media sosial dilihat sebagai tempat yang kerap disebarkan maklumat palsu yang dibimbangi menjejaskan kestabilan masyarakat dan mengugat kestabilan negara. Hingga penulisan ini dikemaskini, berikut adalah laporan palsu serta kurang tepat yang disenaraikan di laman sesawang Sebenarnya.my pada Mac 2021: 1. Dakwaan Vaksin Sinovac Mencatatkan 56 Kes Kematian Di Hong Kong & Tidak Dipercayai oleh WHO Adalah Tidak Benar. 2. Waspada Penipuan Jualan Vaksin COVID-19 Secara Dalam Talian. 3. Poster MKN Berkenaan Larangan Dine-In Di Restoran/ Kedai Makan Bagi Kawasan PKP, PKPB & PKPP Berkuatkuasa Dari 13 April – 12 May 2021 Adalah Poster Yang Diubahsuai. 4. Tiada Penularan COVID-19 Dilaporkan Di 7 Buah Sekolah Di Daerah Dungun. 5. Infografik Laranga...

COVID-19: Positif, kalangan pemimpin dunia.

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia PANDEMIK Covid-19 terus mengganas selepas dikesan penularannya pada Disember 2019 lalu di China. Berikut pemimpin utama sesebuah negara/wilayah dijangkiti virus Covid-19: 1. 21 Mac 2021: PM Pakistan Imran Khan positif COVID-19. 2.  25 Januari 2021:  Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador mengumumkan dirinya dijangkiti COVID-19. 3.  17 Disember 2020: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, disahkan positif COVID-19 4. 28 November 2020: Menteri Perdagangan Maritim Greece, Yannis Plakiotakis, 52. 5. 2 Oktober 2020: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump (serta pasangan, Melania Trump ) 6. 1  Mei 2020:  Perdana Menteri Russia, Mikhail Mishustin. 7. 27 Mac 2020: Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson. 8.  25 Mac 2020: Pewaris diraja Britain, Putera Charles. Catatan yang dilakukan oleh penulis hanyalah membabitkan segelintir pemimpin utama dunia. Laman sesawang wikipedia.o...

TIP MUDAH: TANAM SAYUR KUCAI.

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com TANAMAN sayur kucai begitu mudah kerana tanaman ini berupaya membiak dengan semaian benih yang terhasil daripada bunganya. Menariknya tanaman ini, walaupun ianya sudah dipotong bagi mendapatkan daunnya, ianya akan tumbuh semula selang beberapa hari kemudian. Mudahnya, tanaman sayur kucai boleh dilakukan di pasu-pasu bersaiz kecil atau sederhana. SEMAIAN BENIH  Benih tanaman sayur ini boleh diperolehi daripada bunganya yang berwarna putih, tunggu beberapa hari hingga bunganya itu mulai layu dan kelihatan benihnya. Bunga kucai yang sesuai disemai Potong tangkai bunga sayur kucai berkenaan dan letakkannya di atas pasu yang sudah diletakkan tanah sesuai serta lembab. Semaian benih sayur kucai di tanah lembap. Tunggu untuk beberapa minggu, kebiasaannya tanaman kucai yang baharu tumbuh akan kelihatan seperti gambar di bawah. Anak sayur kucai berusia sekitar dua bulan. Jangka hayat tanaman kucai boleh bertahan hidup selama dua tahun, dan hasilnya boleh diperol...

TIP MUDAH: Dikemaskini, sayur bawang mudah bercambah.

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com SAYURAN bawang sangat diperlukan dalam hampir setiap masakan, terutamanya sebagai perencah atau sayuran utama bagi masakan jenis sup. Berikut adalah beberapa langkah menanam sendiri sayuran bawang bagi mendapatkan daunnya: 1. Potong bekas telur kepada beberapa potongan dan disusun seperti gambar di bawah: 2. Basahkan bekas telur berkenaan seperti gambar di bawah: 3. Letakkan sedikit tanah bercampur sabut kelapa seperti gambar di bawah: 5. Basahkan tanah berkenaan dan letakkan bawang di atasnya seperti gambar di bawah. Pastikan bekas telor berkenaan sentiasa lembap dan letakkannya di tempat yang redup : 6. Dalam tempoh sepuluh hari hingga dua minggu kebiasaannya akar kelihatan di bawah bekas telor berkenaan. Satu daripada empat biji bawang yang disemai, satu daripadanya membusuk dan tidak dapat disemai ke tempat sesuai (tanah dicampur sabut kelapa), seperti gambar di bawah. Peringatan, sayuran bawang memerlukan tanah yang lembap dan pastikan tanah yang ditan...

TIP MUDAH: Ternak ikan gapi, mudah dan lumayan.

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com PENULIS berminat menternak ikan gapi ini lebih 10 tahun lalu dan ianya dilakukan secara sambilan dan kerana minat terhadap ikan hiasan. Kebiasaannya apabila jumlahnya sudah banyak, penulis akan tawarkan kepada rakan-rakan serta kenalan yang berminat untuk membelinya. Terdapat juga, penulis menjualnya di kedai-kedai akuarium. Tips penting yang ingin dikongsikan di sini, ikan gapi lebih cepat membiak dan membesar di tempat yang mempunyai ruang yang sesuai (mempunyai bekalan oksigen mencukupi) dan diletakkan tumbuhan seperti kangkong, teratai, umpai dan sebagainya. Penulis nasihatkan kepada pembaca, jangan terpedaya dengan video tertentu yang menunjukkan terdapat beribu-ribu ikan gapi diletakkan di dalam satu bekas yang sempit. Kebiasaannya, video berkenaan adalah untuk rakaman bagi promosi saja dan sudah bersedia untuk dipasarkan. Jumlah ikan gapi yang sesuai untuk tujuan pembiakan dalam sesuatu tangki sebesar 1 meter persegi adalah sekitar 10 ekor betina dan...

COVID-19: Februari 2021 lalu, tujuh laporan di Sebenarnya.my

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KADAR jangkitan Covid-19 yang tinggi pada gelombang ketiga di negara ini dilihat terdapat beberapa laporan palsu dilaporkan di laman sesawang Sebenarnya.my yang diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Berikut adalah laporan palsu dan tidak tepat yang disenaraikan di laman sesawang Sebenarnya.my: 1. Penjelasan Berkenaan Laporan Hospital Serdang Mengutamakan ‘Influencer’ Dalam Pemberian Vaksin COVID-19. 2. Kanak-kanak Bawah 12 Tahun Tidak Digalakkan Memasuki Pusat Beli-belah / Kedai Makan. 3. Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 Yang Ditularkan Adalah Borang Belum Muktamad. 4. Laporan Berkenaan Pendatang Asing Tanpa Izin Tidak Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Adalah Tidak Tepat. 5. Waspada Iklan Dan Penjualan Kit Ujian COVID-19 6. Video YB Menteri Kanan Pertahanan Dalam Satu Majlis Bersama Artis Adalah Video Lama 7. Dakwaan Ketua Pengarah Kesihatan Telah Me...

RENCANA: Tips kejayaan cabaran 2021, varian dan La-Nina.

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com MALAYSIA memasuki tahun 2021 dengan membawa dua cabaran utama iaitu varian (virus yang bermutasi dari Covid-19 dan tidak menyerupai bentuk asal induk) yang dikatakan mudah berjangkit kepada individu lain serta kebal daripada vaksin yang sedang dibangunkan. Tahun 2021 juga dikatakan negara ini akan berhadapan La-Nina iaitu keadaan angin kencang dan hujan lebat di beberapa negeri dan wilayah hingga Jun 2021. Dijangkakan beberapa kawasan akan mengalami banjir akibat kadar air hujan yang banyak. La-Nina, menyebabkan kadar hujan di negara ini akan lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kadar hujan yang tinggi sedang dan akan menyebabkan hasil pertanian di beberapa kawasan atau wilayah di negara ini akan terjejas. Hasil pertanian, kebiasaanya mengambil beberapa bulan untuk mengeluarkan hasil dan dipasarkan pada tempoh masa yang tertentu, kebiasaannya beberapa hari selepas dituai bagi mengekalkannya segar. Bekalan makanan negara dikatakan mampu bertahan u...

COVID-19: Mampukah vaksin hapus pandemiknya?

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia MALAYSIA secara rasmi menerima vaksin Covid-19 pada 21 Februari 2021 lalu dan penerimaan itu diharap menghapus pandemiknya terutama di negara ini. Membicarakan mengenai keberkesanan vaksin Covid-19, sekadar mengambil contoh negara Arab Saudi yang lebih awal menggunakan vaksin bagi mengawal penularan virus itu di negaranya. Arab Saudi menerima dan mula menggunakan vaksin Covid-19 bermula akhir Disember 2020 lalu. Berikut adalah carta penularan virus Covid-19 di negara berkenaan. Berdasarkan carta di atas, jangkitan harian di Arab Saudi serendah 94 kes sehari pada 4 Januari 2021 lalu. Bagaimanapun, beberapa minggu selepas itu berlaku peningkatan secara perlahan-lahan hingga penulisan ini dikemaskini, kebanyakan jangkitan harian lepasi 300 sehari dalam tempoh tiga minggu berturut-turut di negara itu. Sementara itu, jangkitan harian di Malaysia seperti carta di bawah. Jika dibandingkan jangkitan Covid-19 di Arab Saudi...

COVID-19: Kesannya, dunia hanya mampu bertahan 2 tahun.

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) mengiktiraf  wabak atau pandemik koronavirus mulai mengancam dunia pada 11 Mac 2020 lalu. Ketika penulisan ini dihasilkan, virus yang mampu membunuh ini tersebar di seluruh dunia lebih 107.8 juta jangkitan dengan lebih 2.4 juta kematian. Sepanjang tempoh hampir setahun lalu, pelbagai kesan negatif daripada pandemik koronavirus terbabit mulai memberi kesan ekonomi, politik, pendidikan, kekurangan bekalan, alam sekitar, budaya, potensi jangka panjang, xenofobia (perasaan sangat takut atau benci terhadap orang asing) dan perkauman. Malah, dalam tempoh itu juga terdapat pelbagai penyebaran maklumat yang kurang tepat serta palsu tersebar di kalangan masyarakat terutamanya melalui media-media sosial. Dalam tempoh hampir setahun pandemik Covid-19 ini, kesan negatif seperti dinyatakan di atas dilihat sedang berlaku dan kebanyakan kerajaan di kebanyakan negara yang terkesan berjaya me...

COVID-19: Februari, statistik jangkitan negara ASEAN

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KADAR jangkitan di Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mendorong pengawalan lebih ketat terutama di sempadan negara bagi mengekang penyebaran virus yang mampu membunuh ini. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 disertai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor Leste. Negara   Penduduk   Jangkitan   kematian   Jangkitan  banding  penduduk  (%)   1. Indonesia   275.1  juta   1,174,779  31,976 0.00430  peratus   2. Filipina   110.4  juta   540,227  11,296 0.00490  peratus   3. Malaysia   32.7  juta   248,316  909 0.00760  peratus   4. Myanmar   54.6  juta   141,427  3,177 0.00260  peratus   5. Singapura   5.9  juta   59,732  29 0.01010...