Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

COVID-19: 801 kes baharu, lebih 2 juta diuji negatif.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia SEJAK virus Covid-19 dikesan di negara ini pada awal Mac lalu, seramai 2,034,575 daripada kira-kira 34 juta penduduk Malaysia sudah jalani ujian saringan dan hanya 29,441 disahkan positif. Hingga penulisan ini dihasilkan, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seramai 19,072 pesakit Covid-19 di negara ini sembuh daripada virus berbahaya itu. Jangkitan baharu yang dilaporkan sejumlah 801 kes, 8 kematian dan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 di negara ini berjumlah 246 kes. Bagaimanapun, jumlah yang berada di unit rawatan rapi masih kekal hampir 100 dan 25 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Semoga virus berbahaya ini segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana virus pembunuh ini masih bebas dan meletakkan rakyat negara ini berada dalam risiko dijangkiti. (Penulisan ini dikemaskini pada 28.10.2020: jam 8.00pm) Penulis  tidak bertanggungjawab terha...

COVID-19: Tiga negeri lepasi 100 kes sehari.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia JANGKITAN harian yang kembali meningkat di negara ini menyebabkan jangkitan Covid-19 beberapa negeri lepasi angka 100 sehari. Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika penulisan ini dihasilkan menunjukkan terdapat 835 kes baharu di negara ini di mana negeri yang jangkitan lebih 100 jangkitan ialah Sabah, 410 kes; Negeri Sembilan, 155 kes; dan Selangor, 126 kes. Negeri jangkitan kurang 100 adalah Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 76 kes; Sarawak, 16 kes; Pulau Pinang, 13 kes; Perak, 11; Wilayah Persekutuan, 11. Lain-lain negeri dan wilayah di negara ini catatkan angka bawah 10. Semoga virus pembunuh ini segera ditemui vaksin penyembuhnya bagi membolehkan kehidupan harian yang pernah dinikmati sebelum ini dapat dinikmati semula. (Penulisan ini dikemaskini pada 27.10.2020: jam 7.00pm) Penulis  tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah p...

COVID-19: Malaysia, data kematian

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KADAR jangkitan harian yang melepasi jumlah 1,000 sehari di negara ini dijangka akan terus menyebabkan beberapa kematian dalam tempoh terdekat. Berikut adalah laporan kematian mengikut negeri dan wilayah: 1. Sabah                                                      - 35 kes 2. Selangor                                                - 24 kes 3. Johor                                                      - 21 kes 4. Sarawak        ...

COVID-19: Enam kematian, seorang berusia 27 tahun.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia VIRUS pembunuh Covid-19 semakin membahayakan nyawa pengidapnya apabila seorang lelaki berusia 27 tahun serta tiada latar belakang sebarang penyakit antara mangsa terbaru. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 21 Oktober lalu, seramai enam mangsa Covid-19 berusia 27 hingga 71 tahun meninggal dunia di beberapa hospital di negara ini. Lelaki terbabit adalah kes kematian yang ke 198 meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah. Kelekaan dan bersikap sambil lewa terhadap penyakit berbahaya ini berupaya mengundang padah hingga tahap kematian. Semoga virus berbahaya ini segera ditemui vaksin penawarnya dan melenyapkannya daripada bumi ini. (Artikel ini dikemaskini pada 22.10.2020: jam 1.00am) Penulis  tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan. Sulaimansallehkuis2.blogspo...

COVID-19: Sejuta di lima negeri bekerja dari rumah.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KERAJAAN Malaysia mengambil langkah tegas arahkan sejuta penduduk di zon merah bekerja dari rumah. Tempoh masa sekurang-kurangnya dua minggu itu bagi memutuskan rantaian Covid-19 di kawasan-kawasan zon merah berkenaan. Kesemua mukim merah berkenaan berada di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah. Maklumat lanjut sila layari https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia. Semoga Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya bagi mengawal penularannya yang semakin membimbangkan di negara ini dan lain-lain negara. Bagaimanapun, mematuhi garis panduan mengawal penularannya adalah cara terbaik kerana vaksin penyembuh Covid-19 yang benar-benar berkesan masih belum ditemui.  Vaksin penyembuhnya masih dalam kajian dan memerlukan beberapa kajian lanjutan bagi memastikan ianya benar-benar selamat digunakan untuk membendung pandemik virus berbahaya ini. (Penulisan ini dikemaskini p...

COVID-19: 865 kes baharu, Sabah dan Selangor lepasi 100 kes sehari.

Imej
 Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia PENULARAN Covid-19 di Sabah dilihat juga sedang mengancam Selangor apabila jangkitan sehari di Selangor lepasi angka 100 ketika penulisan ini dihasilkan. Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jangkitan baru di Sabah berjumlah 643 kes; Selangor, 101 kes; Wilayah Persekutuan Labuan, 34 kes; Pulau Pinang, 26 kes; Perak, 18 kes; Melaka, 16 kes. Lain negeri dan wilayah menunjukkan jangkitan kurang 10 sehari iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 6 kes; Negeri Sembilan, 4 kes; Kedah, 3 kes; Wilayah Persekutuan Putrajaya, 3 kes; Pahang, 1 kes; Terengganu, 1 kes. Semoga Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya bagi mengawal penularannya yang semakin membimbangkan di negara ini dan lain-lain negara. Bagaimanapun, mematuhi garis panduan mengawal penularannya adalah cara terbaik kerana vaksin...

COVID-19: 869 kes baharu, Sabah, Selangor, Pulau Pinang, dan Perak tertinggi.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia DATA terkini daripada laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan terdapat empat negeri jangkitan lepasi 10 kes sehari. Negeri-negeri berkenaan, didahului Sabah, 702 kes; Selangor, 77 kes; Pulau Pinang, 45; dan Perak, 10 kes. Lain-lain negeri dan wilayah mencatatkan kurang daripada 10 kes jangkitan. Ketika penulisan ini dikemaskini, Malaysia mencatatkan 869 kes harian dengan jumlah jangkitan 20,498 kes dengan 187 kematian. Semoga Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya bagi mengawal penularannya yang semakin membimbangkan di negara ini dan lain-lain negara. Bagaimanapun, mematuhi garis panduan mengawal penularannya adalah cara terbaik kerana vaksin penyembuh Covid-19 yang benar-benar berkesan masih belum ditemui.  Vaksin penyembuhnya masih dalam kajian dan memerlukan beberapa kajian lanjutan bagi memastikan ianya benar-benar selamat digunakan untuk membendung pandem...

COVID-19: Institusi pendidikan tutup, pembelajaran diteruskan.

Imej
 Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia PEMBELAJARAN secara maya diteruskan walaupun penutupan institusi pendidikan di seluruh negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia, pengumuman Menteri Kanan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa 13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober ini di beberapa negeri membabitkan lebih 1,000 institusi pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran yang babitkan kira-kira 936,000 murid, pelajar serta pelajar di universiti awam dan swasta di negeri-negeri terbabit harus diteruskan secara maya. Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my. (Penulisan ini dikemaskini pada 18.10.2020: jam 1.00am) Penulis  tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan....

COVID-19: Risiko kematian tinggi, hampir 100 dalam ICU.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia SERAMAI 99 pesakit Covid-19 dalam negara berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), meletakkan kadar risiko kematian akibat virus berbahaya itu bakal bertambah dalam tempoh terdekat. Berdasarkan laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ketika penulisan ini dihasilkan, jangkitan Covid-19 di negara ini berjumlah 18,758 kes dengan 176 kematian. Daripada 99 kes sedang dirawat di ICU, 31 daripada pesakit terbabit memerlukan bantuan alat pernafasan. Semoga virus pembunuh ini segera ditemui vaksin penyembuhnya dan kerjasama daripada rakyat negara ini mematuhi garis panduan serta undang-undang yang ada bagi membendung penularannya amat diperlukan. Hanya mematuhi garis panduan yang disediakan mampu mengawal pandemik ini, undang-undang bagi mengawal penularannya hanyalah satu tindakan tegas selepas garis panduan itu gagal dipatuhi. (Penulisan ini dikemaskini pada 16.10.2020: jam 8.00p...

COVID-19: Gelombang baharu, KL, Putrajaya, senasib Selangor

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia NASIB negeri selepas Sabah terjawab apabila baru-baru ini Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur bermula 14 hingga 27 Oktober 2020. PKPB di negeri dan kawasan terbabit susulan peningkatan jangkitan Covid-19 yang berlaku termasuk di daerah Klang, Petaling, Gombak serta beberapa daerah lain. Selama beberapa hari berturut-turut Selangor dilihat terus atasi jumlah jangkitan Covid-19 di negeri Kedah. Lain-lain negeri di Malaysia pula kebanyakan mencatatkan angka kurang daripada 10 kes sehari. Sejak beberapa minggu lalu, penulis menyatakan kebimbangan apabila kebanyakan negeri di semenanjung semakin menunjukkan peningkatan kes dengan Kedah dan Selangor mendahului lain-lain negeri. Bagaimanapun, jangkaan lain-lain kawasan iaitu Putrajaya dan Kuala Lumpur ...

COVID-19: Terkini, senarai sekolah ditutup

Imej
 Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia PANDEMIK Covid-19 yang sedang melanda negara pada peringkat gelombang ketiga menyebabkan beberapa sekolah dalam negara ditutup sementara. Berikut antara sekolah-sekolah yang disenaraikan ditutup akibat Covid-19: 1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling, Kedah (11hb - 17 Oktober 2020): BH Online, 11.10.2020. 2. SMK Bukit Payong, Kedah (11hb - 17 Oktober 2020): BH Online, 11.10.2020 3. SMK Bukit Payong, Kedah (11hb - 17 Oktober 2020): (BH Online, 11.10.2020) 4. Sekolah Kebangsaan Presint 8 (1) Wilayah Persekutuan Putrajaya (9hb - 16 Oktober 2020): Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Sekolah Kebangsaan Bangsar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. (9hb - 16 Oktober 2020): Kementerian Pendidikan Malaysia. 6. Sekolah di seluruh negeri Sabah (10hb - 25 Oktober 2020): Kementerian Pendidikan Malaysia. 7. 70 sekolah di daerah Klang, Selangor. Tiada dinyatakan tarikh dibuka semula. Sila r...

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KESAN gelombang baharu semakin membimbangkan apabila kebanyakan negeri di semenanjung semakin menunjukkan peningkatan kes dengan Kedah dan Selangor mendahului lain-lain negeri. Ketika penulisan ini dihasilkan, jangkitan di negara ini meningkat secara mendadak apabila sebanyak 260 jangkitan baharu dilaporkan berbanding 89 kes pada 30 September lalu. Berikut negeri yang mencatatkan angka lebih 10 sehari: Negeri           4 Okt.           5 Okt.           6 Okt.         7 Okt.           8 Okt.         9 Okt.      10 Okt.       11 Okt. Sabah       126 kes       130 kes        219 kes      282 kes      271...

COVID-19: Isytihar darurat atau pilihan raya?

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia. SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) bakal bermesyuarat berkaitan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi pada minggu hadapan. Difahamkan, tempoh itu diperlukan kerana masih ramai kakitangan SPR yang bertugas semasa Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini masih jalani kuarantin. Pada 2 Oktober lalu, Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pada 2 Oktober lalu di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah. Berdasarkan perundangan negara, PRK itu tetap perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ianya disahkan kosong oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat. PRK terbabit hanya dapat dielakkan jika darurat diisytiharkan di kawasan berkenaan. Sementara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin melalui perutusan khas semalam, mengakui PRK di Sabah baru-baru ini tidak dapat dielakkan kerana Yang di-Pertua Negeri Sabah menerima cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau berk...

COVID-19: India, jangkitan hampir setanding Amerika Syarikat.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia JANGKITAN harian yang tinggi di India sejak beberapa bulan lalu menyebabkan negara itu kini hampir setanding Amerika Syarikat. Berdasarkan data dari Johns Hopkins University, ketika penulisan ini dihasilkan, jangkitan Covid-19 di India berjumlah 6,979,423 berbanding Amerika Syarikat berjumlah 7,894,478. India mempunyai penduduk seramai 1.40 bilion dan kegagalan mengawal pandemik Covid-19 berupaya mengancam rakyat dan ekonomi negara itu. Berdasarkan angka jangkitan harian tertinggi di dunia dijangka kedudukan India akan mendekati Amerika Syarikat dalam tempoh dua bulan atau kurang daripada itu. Rekod jangkitan harian tertinggi pernah dicatatkan oleh Amerika Syarikat pada 17 Julai lalu dengan catatan 81,637 dan catatan harian tertinggi di India pula berjumlah 96,793 pada 17 September lalu. (Penulisan ini dikemaskini pada 10.10.2020: jam 2.30pm) Penulis  tidak bertanggungjawab ter...

COVID-19: Terlalu rindu, ayah lambai anak-anak dari Singapura.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia RINDU seorang ayah terhadap dua anaknya yang masih kecil bersama isterinya di Johor Bahru, Malaysia dari Woodlands Waterfront Park, Singapura mencuit hati warganet. Sempadan Malaysia-Singapura ditutup sejak 18 Mac lalu akibat pandemik Covid-19. Kerinduan yang terubat walaupun sejauh mata memandang, memperlihatkan suara anak-anak Mohd Izwan Sarip serta isterinya yang gembira ketika tayangan video sekitar 1.31 saat itu. Video berkenaan boleh diikuti dengan menaip di kotak carian 'Mohd Izwan Sarip' atau https://www.facebook.com/groups/1421851551210574/permalink/3626761044052936/. Semoga virus Covid-19 vaksin penyembuh virus ini segera ditemui dan melenyapkannya dari muka bumi ini buat selama-lamanya. (Penulisan ini dikemaskini pada 8.10.2020: jam 3.00pm) Penulis  tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi ...

COVID-19: China masih diancam.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia CHINA masih belum bebas daripada ancaman virus Covid-19 walaupun mendakwa negaranya bebas daripada virus berbahaya itu pada beberapa bulan lalu. Berdasarkan satu kes jangkitan pada 16 Julai lalu, ianya bertambah kepada lebih 100 kes sehari dalam bulan Ogos lalu. Bagaimanapun, penularan yang tidak dijangka itu menurun kepada sekitar 10 hingga 20 jangkitan harian pada akhir Ogos hingga penulisan ini dikemaskini. Kebanyakan jangkitan terbabit berkaitan jangkitan tempatan seperti mana dilaporkan kebanyakan media antarabangsa dan media negara China sendiri. Sebelum ini, negara komunis itu mendakwa kebanyakan penularan baru Covid-19 di negara itu berpunca dari pesakit import, tiada jangkitan tempatan. Jumlah yang terjangkit Covid-19 di kebanyakan negara dipercayai lebih tinggi daripada jumlah yang disenaraikan kerana kaedah pengiraan dan pengesanan pesakit berbeza mengikut negara. Kebanyakan dat...

COVID-19: Dunia, jangkitan lebih 200k, kematian 5,000 sehari.

Imej
 Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMATIAN akibat penularan Covid-19 semakin mengancam dunia apabila jangkitan harian lepasi 200,000 dengan kira-kira 5,000 kematian setiap hari. Berdasarkan data John Hopkins Universitiy hingga penulisan ini dihasilkan, negara Amerika Syarikat, India, Brazil dan Russia mencatatkan jangkitan lepasi angka sejuta.  Manakala, berdasarkan data sama negara jangkitan Covid-19 lepasi 100,000 pula babitkan 37 negara dari pelbagai benua, zon dan kawasan. Jumlah jangkitan dan kematian akibat Covid-19 dijangka akan terus bertambah setiap hari hingga tempoh yang tidak pasti kerana dakwaan sesetengah negara bahawa vaksin Covid-19 berjaya ditemui, dilihat gagal mengawal pandemik virus berbahaya ini, termasuk di negara terbabit. (Penulisan ini dikemaskini pada 8.10.2020: jam 8.00am) Penulis  tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi d...

COVID-19: Dunia terus sengsara, vaksin akhir 2021.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia. AMARAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap negara wilayah Pasifik Barat antaranya Malaysia bahawa dijangka berlaku peningkatan Covid-19 secara mendadak sehingga vaksinnya ditemui akhir tahun 2021. WHO pernah memberi peringatan bahawa kesan pandemik Covid-19 menyamai kesan Perang Dunia Kedua. Ketika itu ekonomi dunia pulih secara perlahan-lahan selama hampir lima tahun selepas peperangan itu berakhir. Menanti keajaiban vaksin Covid-19 yang benar-benar berkesan bukanlah cara terbaik mengawal penularan Covid-19 kerana tempoh setahun lagi adalah tempoh yang sangat lama bagi virus yang mudah tersebar ini. Sebaliknya, mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah cara terbaik mengawal penularan pandemik Covid-19. Baru-baru ini, penulis siarkan produk vaksin Russia 'Sputnik V' dilihat gagal serta tidak berkesan menyekat penularan yang kini lepasi angka 10,000 jangkitan harian sejak...

COVID-19: Russia, penghasilan vaksin gagal?

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia JANGKITAN harian di Russia lepasi 10,000 sehari walaupun sebelum ini mendakwa berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 sejak lebih sebulan lalu. Pada September lalu, Russia mendakwa vaksinnya 'Sputnik V' sudah berjaya dihasilkan dan mampu mencegah penyakit Covid-19. Bagaimanapun, vaksin terbabit dilihat gagal mengawal kadar jangkitan tinggi di negara kuasa besar dunia itu. Jangkitan harian Covid-19 di Russia dilihat kira-kira 5,000 sehari ketika mendakwa berjaya menghasilkan vaksin Covid-19. Tetapi ketika penulisan ini dihasilkan jangkitan harian di negara itu  meningkat lebih 10,000 sehari. Kegagalan penghasilan vaksin turut membabitkan negara kuasa dunia lain seperti Amerika Syarikat. Baru-baru ini Agensi Perubatan Eropah (EMA) menyatakan pihaknya sedang menyiasat laporan kemungkinan kerosakan buah pinggang terhadap pesakit yang menggunakan ubat antiviral remdesivir yang dihasilkan oleh ...

COVID-19: Peringatan KKM, belum ada vaksin berkesan dan selamat.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia HINGGA kini belum terdapat vaksin berkesan dan selamat digunakan bagi mencegah penularan Covid-19. Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan pemakluman daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ditegaskan bahawa belum ada vaksin Covid-19 disahkan berkesan dan selamat. Noor Hisham berkata, keberkesanan dan keselamatan vaksin adalah faktor penting dalam penggunaan vaksin dan ianya tidak boleh diambil ringan. "Bagi menjamin faktor-faktor itu vaksin perlu melalui beberapa ujian dan fasa," katanya melalui laman media sosial KKM, baru-baru ini. Selain itu, Noor Hisham berkata, sistem kesihatan di Malaysia juga diiktiraf mempunyai asas-asas yang kukuh  dalam menangani wabak Covid-19. (Penulisan ini dikemaskini pada 4.10.2020: jam 12.30am) Penulis  tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ...

COVID-19: Dunia sengsara, jangkitan aktif hampir 8 juta.

Imej
     PERTANDINGAN SAMBUNG AYAT 1 TAHNIAH BUAT  MUHAMMAD TAMIMY BIN ALIAS KUALA TERENGGANU, TERENGGANU Sila sambung kesemua perkataan di bawah yang boleh diperolehi dari blog Sulaimansallehkuis2.blogspot.com (Hanya untuk warganegara Malaysia) Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia BERDASARKAN data yang dikeluarkan John Hopkins University kes aktif dengan keupayaan berjangkit kepada individu lain di seluruh dunia kini berjumlah kira-kira 7.81 juta. Data yang diperolehi sebaik jumlah kes jangkitan yang berjumlah kira-kira 34.23 juta ditolak kes pulih serta kematian yang dicatatkan hingga penulisan ini dihasilkan. Negara paling terjejas teruk dengan jangkitan lepasi angka sejuta adalah Amerika Syarikat, kira-kira 7.55 juta; India, kira-kira 6.40 juta; Brazil, kira-kira 4.90 juta; dan Russia, kira-kira 1.20 juta. Kadar kematian tertinggi di dunia didahulu Amerika Syarikat, 212,660; Brazil, 144,767; India, 99,804; dan ...

COVID-19: 35 negara lebih 100,000, 4 lebih sejuta.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia JANGKITAN covid-19 semakin membimbangkan dunia apabila empat negara iaitu Amerika Syarikat, Brazil, India dan Russia mencatatkan jangkitan melebihi sejuta. Jangkitan keempat-empat negara berkenaan bertambah melebihi 10,000 hingga 90,000 sehari sejak beberapa minggu lalu dan dianggap penularan Covid-19 tidak terkawal di negara berkenaan. Bagaimanapun, lain-lain negara yang jumlah jangkitan melebihi 100,000, berdasarkan data John Hopkins Universitiy penularan covid-19 dapat dikawal dan dikurangkan pada kadar yang stabil. Hingga penulisan ini dikemaskini, terdapat 35 negara yang jangkitan terhadap virus berbahaya ini melebihi 100,000.  Lain-lain negara kebanyakannya jangkitannya kurang daripada 10,000 sejak beberapa bulan lalu. (Penulisan ini dikemaskini pada 4.102020: jam 12.30am)

COVID-19: Dunia gerun, lebih sejuta kematian.

Imej
 Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEGERUNAN menghadapi virus berbahaya yang mula menular di China pada Dismber tahun lalu semakin ketara apabila kini kematian di seluruh dunia terus lepasi sejuta. Hingga penulisan ini dihasilkan, berdasarkan data dari Johns Hopkins University jangkitan di seluruh dunia akibat Covid-19 berjumlah hampir 35 juta dengan kira-kira 1.04 juta. Baru-baru ini, Pengarah Kesihatan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Michael Ryan menyatakan kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia sekitar 50,000 seminggu dan pihaknya beranggapan jumlah kematian sebenar lebih daripada itu. Ryan berkata, pihaknya mengesahkan belum ada rawatan berkesan bagi Covid-19 walaupun hingga kini terdapat 36 vaksin di seluruh dunia yang didakwa berpotensi mengubat virus berbahaya itu. Katanya, vaksin berkenaan masih pada peringkat ujian terhadap manusia dan keberkesanannya perlukan beberapa tempoh sebelum vaksin berken...

COVID-19: India, jangkitan harian masih tertinggi dunia.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia JANGKITAN Covid-19 di India semakin membimbangkan apabila jumlah jangkitan harian terkini hampir angka terus lepasi 80,000 sehari. Ketika penulisan ini dihasilkan, data dari John Hopkins University menunjukkan jangkitan Covid-19 di India berjumlah kira-kira 6.44 juta dengan lebih 100,000 kematian. Kini, negara yang mempunyai penduduk seramai 1.40 bilion itu berada di kedudukan ke-2 selepas Amerika Syarikat. Berdasarkan angka jangkitan harian tertinggi di dunia dijangka kedudukan India akan mendekati Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Rekod jangkitan harian tertinggi pernah dicatatkan oleh Amerika Syarikat pada 17 Julai lalu dengan catatan 81,637 dan catatan harian tertinggi di India pula berjumlah 96,793 pada 17 September lalu. (Penulisan ini dikemaskini pada 3.10.2020: jam 12.00pm) Penulis  tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini d...

COVID-19: Dunia, kematian hampir atasi Perang Dunia Kedua?

Imej
PERTANDINGAN SAMBUNG AYAT 1 PEMENANG TAHNIAH BUAT  MUHAMMAD TAMIMY BIN ALIAS KUALA TERENGGANU, TERENGGANU Sila sambung kesemua perkataan di bawah yang boleh diperolehi dari blog Sulaimansallehkuis2.blogspot.com (Hanya untuk warganegara Malaysia) Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia JANGKITAN Covid-19 yang tidak terkawal di beberapa negara dilihat semakin membimbangkan apabila kematian akibat virus berbahaya semakin jauh atasi kematian akibat Perang Dunia Kedua (PDKedua). Sepanjang tempoh Perang Dunia Kedua pada tahun 1939 hingga 1945 mengorbankan kira-kira 70.juta nyawa. Hingga penulisan ini dihasilkan, kematian akibat virus Covid-19 di seluruh dunia sudah lepasi angka sejuta dalam tempoh sembilan bulan. Penularan pandemik virus berbahaya ini harus dilihat sesuatu yang serius kerana ianya mampu tersebar dengan cepat serta mengancam nyawa pengidapnya. Amerika Syarikat adalah negara yang paling teruk dijangkiti virus Covid-19 d...