COVID-19: Gelombang baharu, KL, Putrajaya, senasib Selangor
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
NASIB negeri selepas Sabah terjawab apabila baru-baru ini Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur bermula 14 hingga 27 Oktober 2020.
PKPB di negeri dan kawasan terbabit susulan peningkatan jangkitan Covid-19 yang berlaku termasuk di daerah Klang, Petaling, Gombak serta beberapa daerah lain.
Selama beberapa hari berturut-turut Selangor dilihat terus atasi jumlah jangkitan Covid-19 di negeri Kedah. Lain-lain negeri di Malaysia pula kebanyakan mencatatkan angka kurang daripada 10 kes sehari.
Sejak beberapa minggu lalu, penulis menyatakan kebimbangan apabila kebanyakan negeri di semenanjung semakin menunjukkan peningkatan kes dengan Kedah dan Selangor mendahului lain-lain negeri.
Bagaimanapun, jangkaan lain-lain kawasan iaitu Putrajaya dan Kuala Lumpur tidak dijangka akan turut dikenakan PKPB.
Keputusan kerajaan itu dipercayai antara usaha yang dilakukan bagi mengekang penularan virus Covid-19 yang memasuki gelombang ketiga di negara ini.
Usaha yang dilakukan itu tidak akan berhasil jika gagal mendapat kerjasama daripada rakyat negara ini terutama mematuhi garis panduan yang ditetap bagi mengekang pandemik Covid-19.
Ulasan
Catat Ulasan