COVID-19: Dunia, kematian hampir atasi Perang Dunia Kedua?
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
JANGKITAN Covid-19 yang tidak terkawal di beberapa negara dilihat semakin membimbangkan apabila kematian akibat virus berbahaya semakin jauh atasi kematian akibat Perang Dunia Kedua (PDKedua).
Sepanjang tempoh Perang Dunia Kedua pada tahun 1939 hingga 1945 mengorbankan kira-kira 70.juta nyawa.
Hingga penulisan ini dihasilkan, kematian akibat virus Covid-19 di seluruh dunia sudah lepasi angka sejuta dalam tempoh sembilan bulan.
Penularan pandemik virus berbahaya ini harus dilihat sesuatu yang serius kerana ianya mampu tersebar dengan cepat serta mengancam nyawa pengidapnya.
Amerika Syarikat adalah negara yang paling teruk dijangkiti virus Covid-19 dengan kadar kematian kira-kira 214,000 dalam tempoh sembilan bulan selepas dikesan di negara itu.
Semasa PDKedua, negara kuasa ekonomi dan tentera dunia itu kadar kematiannya berjumlah 418,500 dalam tempoh enam tahun iaitu kira-kira 52,250 dalam tempoh sembilan bulan.
Harapan untuk menghapuskan penularan virus berbahaya ini hanya melalui penggunaan vaksin yang berkesan.
Bagaimanapun, keupayaan virus Covid-19 yang dilihat semakin mudah berjangkit selepas mengalami beberapa kali mutasi, penulis melihatnya menghapuskan virus itu dalam tempoh setahun akan datang terlalu sukar.
Berdasarkan jangkitan harian yang masih tinggi di kebanyakan negara terutama di Amerika Syarikat sebagai contohnya, menghapuskan penularan virus berbahaya ini bukan dengan menunggu kejayaan penghasilan vaksin penyembuhnya.
Sebaliknya, memakai topeng yang sesuai, mematuhi penjarakan sosial yang selamat serta kurang berada di kawasan yang berisiko dijangkiti adalah cara pencegahan terbaik.
Ulasan
Catat Ulasan