COVID-19: Russia, penghasilan vaksin gagal?

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








JANGKITAN harian di Russia lepasi 10,000 sehari walaupun sebelum ini mendakwa berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 sejak lebih sebulan lalu.

Pada September lalu, Russia mendakwa vaksinnya 'Sputnik V' sudah berjaya dihasilkan dan mampu mencegah penyakit Covid-19.

Bagaimanapun, vaksin terbabit dilihat gagal mengawal kadar jangkitan tinggi di negara kuasa besar dunia itu.

Jangkitan harian Covid-19 di Russia dilihat kira-kira 5,000 sehari ketika mendakwa berjaya menghasilkan vaksin Covid-19. Tetapi ketika penulisan ini dihasilkan jangkitan harian di negara itu  meningkat lebih 10,000 sehari.

Kegagalan penghasilan vaksin turut membabitkan negara kuasa dunia lain seperti Amerika Syarikat.

Baru-baru ini Agensi Perubatan Eropah (EMA) menyatakan pihaknya sedang menyiasat laporan kemungkinan kerosakan buah pinggang terhadap pesakit yang menggunakan ubat antiviral remdesivir yang dihasilkan oleh Gilead.

Gilead adalah syarikat farmaseutikal yang mengesyorkan penggunaan ubat antiviral yang dihasilkan pada Jun lalu dengan dakwaan ubat berkenaan berupaya mengurangkan tempoh rawatan di hospital terhadap pesakit Covid-19.

Menanti keajaiban vaksin Covid-19 yang benar-benar berkesan bukanlah cara terbaik mengawal penularan Covid-19, sebaliknya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah langkah terbaik.

(Penulisan ini dikemaskini pada 5.10.2020: jam 11.00am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.