COVID-19: China masih diancam.
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
Berdasarkan satu kes jangkitan pada 16 Julai lalu, ianya bertambah kepada lebih 100 kes sehari dalam bulan Ogos lalu.
Bagaimanapun, penularan yang tidak dijangka itu menurun kepada sekitar 10 hingga 20 jangkitan harian pada akhir Ogos hingga penulisan ini dikemaskini.
Kebanyakan jangkitan terbabit berkaitan jangkitan tempatan seperti mana dilaporkan kebanyakan media antarabangsa dan media negara China sendiri.
Sebelum ini, negara komunis itu mendakwa kebanyakan penularan baru Covid-19 di negara itu berpunca dari pesakit import, tiada jangkitan tempatan.
Jumlah yang terjangkit Covid-19 di kebanyakan negara dipercayai lebih tinggi daripada jumlah yang disenaraikan kerana kaedah pengiraan dan pengesanan pesakit berbeza mengikut negara.
Kebanyakan data yang dihebahkan diperolehi menerusi data dikumpulkan oleh agensi berita AFP dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Walaupun data yang disiarkan dikatakan kurang daripada jumlah sebenar, ianya sudah memadai mengambarkan jangkitannya akan terus bertambah hingga vaksin yang berkesan ditemui. Dijangkakan vaksin berkesan itu ditemui pada awal atau pertengahan tahun 2021.
Semoga vaksin Covid-19 ditemui dalam masa terdekat bagi membolehkan masyarakat dunia hari ini menjalani kehidupan normal yang pernah dilalui. Juga, semoga menjadikan ianya pengajaran yang bermakna supaya dunia semakin aman dan damai dari segala ancaman.
(Artikel ini dikemaskini pada 9 Oktober 2020: Jam 7.30am)

Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan