COVID-19: Risiko kematian tinggi, hampir 100 dalam ICU.
Oleh Sulaiman Salleh
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
SERAMAI 99 pesakit Covid-19 dalam negara berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), meletakkan kadar risiko kematian akibat virus berbahaya itu bakal bertambah dalam tempoh terdekat.
Berdasarkan laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ketika penulisan ini dihasilkan, jangkitan Covid-19 di negara ini berjumlah 18,758 kes dengan 176 kematian.
Daripada 99 kes sedang dirawat di ICU, 31 daripada pesakit terbabit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Semoga virus pembunuh ini segera ditemui vaksin penyembuhnya dan kerjasama daripada rakyat negara ini mematuhi garis panduan serta undang-undang yang ada bagi membendung penularannya amat diperlukan.
Hanya mematuhi garis panduan yang disediakan mampu mengawal pandemik ini, undang-undang bagi mengawal penularannya hanyalah satu tindakan tegas selepas garis panduan itu gagal dipatuhi.
Ulasan
Catat Ulasan