COVID-19: Isytihar darurat atau pilihan raya?

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia.

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) bakal bermesyuarat berkaitan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi pada minggu hadapan.

Difahamkan, tempoh itu diperlukan kerana masih ramai kakitangan SPR yang bertugas semasa Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini masih jalani kuarantin.

Pada 2 Oktober lalu, Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pada 2 Oktober lalu di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah.

Berdasarkan perundangan negara, PRK itu tetap perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ianya disahkan kosong oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

PRK terbabit hanya dapat dielakkan jika darurat diisytiharkan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin melalui perutusan khas semalam, mengakui PRK di Sabah baru-baru ini tidak dapat dielakkan kerana Yang di-Pertua Negeri Sabah menerima cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, tertakluk peruntukan perlembagaan, PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan.

Bagaimanapun, dilihat peningkatan mendadak Covid-19 selepas PRN Sabah baru-baru ini, kemungkinan peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri itu akan berulang jika langkah-langkah sewajarnya tidak dilakukan.


(Penulisan ini dikemaskini pada 7.10.2020: jam 8.30am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.