COVID-19: India, jangkitan hampir setanding Amerika Syarikat.

  Oleh Sulaiman Salleh

Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








JANGKITAN harian yang tinggi di India sejak beberapa bulan lalu menyebabkan negara itu kini hampir setanding Amerika Syarikat.

Berdasarkan data dari Johns Hopkins University, ketika penulisan ini dihasilkan, jangkitan Covid-19 di India berjumlah 6,979,423 berbanding Amerika Syarikat berjumlah 7,894,478.

India mempunyai penduduk seramai 1.40 bilion dan kegagalan mengawal pandemik Covid-19 berupaya mengancam rakyat dan ekonomi negara itu.

Berdasarkan angka jangkitan harian tertinggi di dunia dijangka kedudukan India akan mendekati Amerika Syarikat dalam tempoh dua bulan atau kurang daripada itu.

Rekod jangkitan harian tertinggi pernah dicatatkan oleh Amerika Syarikat pada 17 Julai lalu dengan catatan 81,637 dan catatan harian tertinggi di India pula berjumlah 96,793 pada 17 September lalu.


(Penulisan ini dikemaskini pada 10.10.2020: jam 2.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020





Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.