COVID-19: Dunia gerun, lebih sejuta kematian.

 Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








KEGERUNAN menghadapi virus berbahaya yang mula menular di China pada Dismber tahun lalu semakin ketara apabila kini kematian di seluruh dunia terus lepasi sejuta.

Hingga penulisan ini dihasilkan, berdasarkan data dari Johns Hopkins University jangkitan di seluruh dunia akibat Covid-19 berjumlah hampir 35 juta dengan kira-kira 1.04 juta.

Baru-baru ini, Pengarah Kesihatan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Michael Ryan menyatakan kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia sekitar 50,000 seminggu dan pihaknya beranggapan jumlah kematian sebenar lebih daripada itu.

Ryan berkata, pihaknya mengesahkan belum ada rawatan berkesan bagi Covid-19 walaupun hingga kini terdapat 36 vaksin di seluruh dunia yang didakwa berpotensi mengubat virus berbahaya itu.

Katanya, vaksin berkenaan masih pada peringkat ujian terhadap manusia dan keberkesanannya perlukan beberapa tempoh sebelum vaksin berkenaan dikatakan mampu mengubat pesakit Covid-19.

(Penulisan ini dikemaskini pada 3.10.2020: jam 11.10pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020





Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.