COVID-19: Peringatan KKM, belum ada vaksin berkesan dan selamat.


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








HINGGA kini belum terdapat vaksin berkesan dan selamat digunakan bagi mencegah penularan Covid-19.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan pemakluman daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ditegaskan bahawa belum ada vaksin Covid-19 disahkan berkesan dan selamat.

Noor Hisham berkata, keberkesanan dan keselamatan vaksin adalah faktor penting dalam penggunaan vaksin dan ianya tidak boleh diambil ringan.

"Bagi menjamin faktor-faktor itu vaksin perlu melalui beberapa ujian dan fasa," katanya melalui laman media sosial KKM, baru-baru ini.

Selain itu, Noor Hisham berkata, sistem kesihatan di Malaysia juga diiktiraf mempunyai asas-asas yang kukuh  dalam menangani wabak Covid-19.


(Penulisan ini dikemaskini pada 4.10.2020: jam 12.30am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020


Ulasan