COVID-19: 865 kes baharu, Sabah dan Selangor lepasi 100 kes sehari.

 Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








PENULARAN Covid-19 di Sabah dilihat juga sedang mengancam Selangor apabila jangkitan sehari di Selangor lepasi angka 100 ketika penulisan ini dihasilkan.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jangkitan baru di Sabah berjumlah 643 kes; Selangor, 101 kes; Wilayah Persekutuan Labuan, 34 kes; Pulau Pinang, 26 kes; Perak, 18 kes; Melaka, 16 kes.

Lain negeri dan wilayah menunjukkan jangkitan kurang 10 sehari iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 6 kes; Negeri Sembilan, 4 kes; Kedah, 3 kes; Wilayah Persekutuan Putrajaya, 3 kes; Pahang, 1 kes; Terengganu, 1 kes.

Semoga Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya bagi mengawal penularannya yang semakin membimbangkan di negara ini dan lain-lain negara.

Bagaimanapun, mematuhi garis panduan mengawal penularannya adalah cara terbaik kerana vaksin penyembuh Covid-19 yang benar-benar berkesan masih belum ditemui. 

Vaksin penyembuhnya masih dalam kajian dan memerlukan beberapa kajian lanjutan bagi memastikan ianya benar-benar selamat digunakan untuk membendung pandemik virus berbahaya ini.

(Penulisan ini dikemaskini pada 19.10.2020: jam 6.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.