COVID-19: 801 kes baharu, lebih 2 juta diuji negatif.
![]() |
| Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
SEJAK virus Covid-19 dikesan di negara ini pada awal Mac lalu, seramai 2,034,575 daripada kira-kira 34 juta penduduk Malaysia sudah jalani ujian saringan dan hanya 29,441 disahkan positif.
Hingga penulisan ini dihasilkan, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seramai 19,072 pesakit Covid-19 di negara ini sembuh daripada virus berbahaya itu.
Jangkitan baharu yang dilaporkan sejumlah 801 kes, 8 kematian dan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 di negara ini berjumlah 246 kes.
Bagaimanapun, jumlah yang berada di unit rawatan rapi masih kekal hampir 100 dan 25 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Semoga virus berbahaya ini segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana virus pembunuh ini masih bebas dan meletakkan rakyat negara ini berada dalam risiko dijangkiti.

Ulasan
Catat Ulasan