COVID-19: 869 kes baharu, Sabah, Selangor, Pulau Pinang, dan Perak tertinggi.
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
DATA terkini daripada laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan terdapat empat negeri jangkitan lepasi 10 kes sehari.
Negeri-negeri berkenaan, didahului Sabah, 702 kes; Selangor, 77 kes; Pulau Pinang, 45; dan Perak, 10 kes. Lain-lain negeri dan wilayah mencatatkan kurang daripada 10 kes jangkitan.
Ketika penulisan ini dikemaskini, Malaysia mencatatkan 869 kes harian dengan jumlah jangkitan 20,498 kes dengan 187 kematian.
Semoga Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya bagi mengawal penularannya yang semakin membimbangkan di negara ini dan lain-lain negara.
Bagaimanapun, mematuhi garis panduan mengawal penularannya adalah cara terbaik kerana vaksin penyembuh Covid-19 yang benar-benar berkesan masih belum ditemui.
Vaksin penyembuhnya masih dalam kajian dan memerlukan beberapa kajian lanjutan bagi memastikan ianya benar-benar selamat digunakan untuk membendung pandemik virus berbahaya ini.
Ulasan
Catat Ulasan