COVID-19: India, jangkitan harian masih tertinggi dunia.
![]() |
| Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
JANGKITAN Covid-19 di India semakin membimbangkan apabila jumlah jangkitan harian terkini hampir angka terus lepasi 80,000 sehari.
Ketika penulisan ini dihasilkan, data dari John Hopkins University menunjukkan jangkitan Covid-19 di India berjumlah kira-kira 6.44 juta dengan lebih 100,000 kematian.
Kini, negara yang mempunyai penduduk seramai 1.40 bilion itu berada di kedudukan ke-2 selepas Amerika Syarikat.
Berdasarkan angka jangkitan harian tertinggi di dunia dijangka kedudukan India akan mendekati Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Rekod jangkitan harian tertinggi pernah dicatatkan oleh Amerika Syarikat pada 17 Julai lalu dengan catatan 81,637 dan catatan harian tertinggi di India pula berjumlah 96,793 pada 17 September lalu.

Ulasan
Catat Ulasan