COVID-19: Dunia terus sengsara, vaksin akhir 2021.



Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia.

AMARAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap negara wilayah Pasifik Barat antaranya Malaysia bahawa dijangka berlaku peningkatan Covid-19 secara mendadak sehingga vaksinnya ditemui akhir tahun 2021.

WHO pernah memberi peringatan bahawa kesan pandemik Covid-19 menyamai kesan Perang Dunia Kedua. Ketika itu ekonomi dunia pulih secara perlahan-lahan selama hampir lima tahun selepas peperangan itu berakhir.

Menanti keajaiban vaksin Covid-19 yang benar-benar berkesan bukanlah cara terbaik mengawal penularan Covid-19 kerana tempoh setahun lagi adalah tempoh yang sangat lama bagi virus yang mudah tersebar ini.

Sebaliknya, mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah cara terbaik mengawal penularan pandemik Covid-19.

Baru-baru ini, penulis siarkan produk vaksin Russia 'Sputnik V' dilihat gagal serta tidak berkesan menyekat penularan yang kini lepasi angka 10,000 jangkitan harian sejak beberapa hari lalu di negara antara kuasa besar dunia itu.

Pada September lalu, Russia mendakwa vaksinnya 'Sputnik V' sudah berjaya dihasilkan dan mampu mencegah penyakit Covid-19.

Kegagalan penghasilan vaksin turut membabitkan negara kuasa dunia lain seperti Amerika Syarikat.

Baru-baru ini Agensi Perubatan Eropah (EMA) menyatakan pihaknya sedang menyiasat laporan kemungkinan kerosakan buah pinggang terhadap pesakit yang menggunakan ubat antiviral remdesivir yang dihasilkan oleh Gilead.

Gilead adalah syarikat farmaseutikal yang mengesyorkan penggunaan ubat antiviral yang dihasilkan pada Jun lalu dengan dakwaan ubat berkenaan berupaya mengurangkan tempoh rawatan di hospital terhadap pesakit Covid-19.


(Penulisan ini dikemaskini pada 7.10.2020: jam 6.30am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.