Catatan

PERTANDINGAN: Kedua, wang tunai bermula RM100.00

   Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com RM100.00 - TUNAI WANG AKAN TERUS BERTAMBAH HINGGA ADA PEMENANG PERTANDINGAN SAMBUNG AYAT 2 Sila sambung kesemua perkataan di bawah yang boleh diperolehi dari blog Sulaimansallehkuis2.blogspot.com (Hanya untuk warganegara Malaysia) Contoh soalan   : BARU-BARU ini negara digemparkan dengan kenyataan Datuk Seri Anuar Ibrahim bahawa ___________________________________________________________________________ Contoh jawapan: BARU-BARU ini negara digemparkan dengan kenyataan Datuk Seri Anuar Ibrahim bahawa  kerajaan Pakatan Nasional (PN) sudah hilang sokongan majoriti. NAMA PENUH                  : ASAL DAERAH / NEGERI : NO. AKAUN BANK            :  ( sila nyatakan nama bank ) BAKAL DIADAKAN DALAM TEMPOH TERDEKAT Jawapan hendaklah diemelkan ke alamat berikut:  Sulaimansalleh2015@gmail.com. Jawapan tepat dan terawal menjawab kesemua s...

COVID-19: Data rasmi, dunia lepasi sejuta kematian.

Imej
     PERTANDINGAN SAMBUNG AYAT 1 SUDAH DIMENANGI TAHNIAH BUAT  MUHAMMAD TAMIMY BIN ALIAS KUALA TERENGGANU, TERENGGANU Sila sambung kesemua perkataan di bawah yang boleh diperolehi dari blog Sulaimansallehkuis2.blogspot.com (Hanya untuk warganegara Malaysia) Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia DUNIA terus sengsara apabila data rasmi dari Johns Hopkins University menunjukkan jangkitan Covid-19 ketika penulisan ini dikemaskini berjumlah lebih sejuta kematian dengan lebih 32.90 juta jangkitan. Negara yang paling teruk jangkitan Amerika Syarikat sebanyak 7.29 juta jangkitan dengan 209,236 kematian; India, 6.04 juta jangkitan dengan 94,971 kematian; dan Brazil, 4.72 juta dengan 141,441 kematian; Russia, 1.15 juta jangkitan dengan 20,324 kematian. Bagaimanapun, angka kematian itu dijangka lebih tinggi daripada yang dicatatkan kerana terdapat negara atau wilayah tertentu tidak mendapat data sebenar kematian pendudukny...

COVID-19: Gelombang baharu, 150 kes baharu di 7 negeri.

Imej
    PERTANDINGAN SAMBUNG AYAT 1 PEMENANG TAHNIAH BUAT  MUHAMMAD TAMIMY BIN ALIAS KUALA TERENGGANU, TERENGGANU Sila sambung kesemua perkataan di bawah yang boleh diperolehi dari blog Sulaimansallehkuis2.blogspot.com (Hanya untuk warganegara Malaysia) Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia GELOMBANG baharu Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan apabila catatan harian terus capai tiga angka sejak lebih seminggu lalu. Melalui kenyataan media di laman sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dinyatakan kes jangkitan Covid-19 pada hari ini Sabah, 124; Selangor, 11; Kuala Lumpur, 6; Pahang, 4; Sarawak, 2; Johor, 2; dan Negeri Sembilan, 1. Berdasarkan data rasmi KKM, bilangan kes positif Covid-19 di negara ini berjumlah 10,919 kes dengan 134 kematian. Seramai enam pesakit Covid-19 di negara ini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU). (Penulisan ini dikemaskini pada 27.9.2020: jam 8.00pm) Penulis  tidak bertanggun...

PERTANDINGAN: Pertama, wang tunai RM120.00

  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com RM120.00 - TUNAI (SUDAH DIMENANGI) TAHNIAH BUAT  MUHAMMAD TAMIMY BIN ALIAS KUALA TERENGGANU, TERENGGANU PERTANDINGAN SAMBUNG AYAT 1 Sila sambung kesemua perkataan di bawah yang boleh diperolehi dari blog Sulaimansallehkuis2.blogspot.com (Hanya untuk warganegara Malaysia) Contoh soalan   : BARU-BARU ini negara digemparkan dengan kenyataan Datuk Seri Anuar Ibrahim bahawa ___________________________________________________________________________ Contoh jawapan: BARU-BARU ini negara digemparkan dengan kenyataan Datuk Seri Anuar Ibrahim bahawa  kerajaan Pakatan Nasional (PN) sudah hilang sokongan majoriti. NAMA PENUH                  : NO. AKAUN BANK            :  ( sila nyatakan nama bank ) 1. Sementara itu, Noor Hisham berkata, maklumat terkini yang dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan terdapat _...

COVID-19: Penularan dari Sabah meningkat, HSO diwajibkan.

Imej
  PERTANDINGAN SAMBUNG AYAT 1 TAHNIAH BUAT  MUHAMMAD TAMIMY BIN ALIAS KUALA TERENGGANU, TERENGGANU Sila sambung kesemua perkataan di bawah yang boleh diperolehi dari blog Sulaimansallehkuis2.blogspot.com (Hanya untuk warganegara Malaysia) Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu pulang dari Sabah susulan peningkatan 11 kes jangkitan dalam tempoh enam hari. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya melaporkan peningkatan jangkitan Covid-19 bagi individu yang pulang dari Sabah sejak 20 September lalu. Menurut Noor Hisham, bermula 20 September hingga 26 September terdapat 11 kes Covid-19 yang dilaporkan di Semenanjung Malaysia membabitkan individu yang kembali dari Sabah. "Susulan itu, terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penula...

POLITIK: Anuar, bakal PM Malaysia terbaharu?

  PERTANDINGAN SAMBUNG AYAT 1 (RM110.00 - TUNAI) - SUDAH DIBUKA, JUMLAH TUNAI BERTAMBAH SEHINGGA ADA PEMENANG Sila sambung kesemua perkataan di bawah yang boleh diperolehi dari blog Sulaimansallehkuis2.blogspot.com (Hanya untuk warganegara Malaysia) Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com BARU-BARU ini negara digemparkan dengan kenyataan Datuk Seri Anuar Ibrahim bahawa kerajaan Pakatan Nasional (PN) sudah hilang sokongan majoriti. Kenyataan beliau turut dikongsikan di laman Facebook beliau di https://www.facebook.com/watch/?v=2646262755687814&extid=OioO8ztguAfsManX. Di laman sosial Facebook Anuar Ibrahim juga dinyatakan pentadbiran baharu itu akan tetap menjunjung kedudukan agama Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputra disamping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain. Sehari selepas sidang media bekas Timbalan Perdana itu diadakan pada 24 September lalu, pelbagai kenyataan b...

COVID-19: Malaysia, 6 negeri diancam.

Imej
PERTANDINGAN SAMBUNG AYAT 1 (RM110.00 - TUNAI) -  SUDAH DIBUKA,  JUMLAH TUNAI BERTAMBAH SEHINGGA ADA PEMENANG Sila sambung kesemua perkataan di bawah yang boleh diperolehi dari blog Sulaimansallehkuis2.blogspot.com (Hanya untuk warganegara Malaysia) Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia GELOMBANG baharu penularan Covid-19 di Malaysia terus mengancam apabila jangkitan harian lepasi tiga angka dan menular di enam negeri di negara ini. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, negeri-negeri berkenaan adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2 kes; Selangor, 2 kes; Sabah, 97 kes; Johor, 1 kes; Pahang, 1 kes; Kedah, 8;  Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari tadi, terdapat 111 kes baharu yang dilaporkan. Katanya, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,687 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ...

COVID-19: Malaysia, zon merah bertambah.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia VIRUS berbahaya Covid-19 masih berada dalam komuniti masyarakat dan menyebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa meletakkan beberapa kawasan dalam negara sebagai zon merah. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh 14 hari lalu terdapat lima kawasan di negara ini bertukar menjadi zon merah. Noor Hisham berkata, terdapat empat zon merah di Sabah iaitu di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna serta satu lagi di Alor Setar, Kedah. "Dinasihatkan individu bergejala yang pernah mengunjungi zon merah wajib melakukan ujian saringan Covid-19 di fasiliti kesihatan berhampiran," katanya melalui kenyataan media di media sosial rasmi KKM, hari ini. Menurut Noor Hisham, individu yang bergejala Covid-19 juga digalakkan melakukan kuarantin kendiri semasa menunggu keputusan saringan. "Kesedaran melakukan saringan dan mengkuarantin ke...

COVID-19: Gelombang baharu, ancam Malaysia 3 kematian sehari.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia JANGKITAN Covid-19 dalam negara semakin membimbangkan apabila jangkitan harian terus bertambah dari semasa ke semasa lebih seminggu lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari tadi pihaknya mengesan 147 jangkitan baharu Covid-19. Noor Hisham berkata, jumlah kes positif Covid-19 di negara ini berjumlah 10,505 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 770 kes. "Kesemua pesakit terbabit sudah diasingkan dan diberi rawatan," katanya melalui kenyataan media di laman sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini. Sementara itu, Noor Hisham berkata, maklumat terkini yang dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan terdapat tiga kematian akibat Covid-19. "Sehingga hari ini, terdapat lapan pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi di mana dua ...

COVID-19: Sabah cemas, 60 kes daripada 82 jangkitan baharu.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia JANGKITAN harian Covid-19 di Sabah semakin membimbangkan apabila terus mencatatkan kadar jangkitan tinggi dalam negara. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari hari ini sebanyak 82 kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Noor Hisham berkata, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia kini berjumlah 10,358 kes dan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 665 kes. "Pada hari ini hingga jam 12 tengahari, jangkitan di Sabah berjumlah 60 kes membabitkan Kluster Benteng LD (41 kes), Kluster Pulau (6 kes), Kluster Selamat (6 kes), Kluster Bangau-Bangau (5 kes), saringan komuniti (1 kes) dan saringan rujukan (1 kes)," katanya melalui kenyataan media di media sosial rasmi KKM, hari ini.  Noor Hisham berkata, lain-lain jangkitan babitkan negeri Kedah (10 kes), Selangor (1 kes) dan Sarawak (1 kes). Sementara itu, ...

COVID-19: Gelombang baharu, Sabah terancam.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia SABAH terus menjadi penyumbang terbesar bagi jangkitan baharu Covid-19 di negara ini apabila terus mencatatkan kluster baharu dan terbesar  Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari hari ini pihaknya mengesan kluster baharu yang dikenali Kluster Kuarters, Tongod, Sandakan, Sabah. Noor Hisham berkata, kluster baharu itu dikenalpasti hasil saringan yang dijalankan sekitar daerah Tongod dan membabitkan petugas kesihatan "Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melakukan sejumlah 117 saringan di sekitar daerah Tongod termasuk petugas kesihatan di Klinik Kesihatan tersebut, dan seramai lima kes dikenalipasti positif Covid-19," kata Noor Hisham melalui kenyataan media di media sosial rasmi KKM, hari ini. Menurut Noor Hisham, kesemua dari kluster terbabit tidak bergejala dan sudah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan ...

COVID-19: Malaysia, kluster baharu hampir setiap hari.

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia GELOMBANG baharu yang melanda Malaysia sejak 7 September lalu dilihat masih belum reda apabila jangkitan harian masih tinggi dan hampir setiap hari wujud kluster baharu. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari hari ini pihaknya mengesan kluster baharu yang dikenali Kluster Ara di Pulau Pinang. Noor Hisham berkata, kes indeks kluster itu adalah seorang lelaki berumur 44 tahun dan dikesan positif Covid-19 melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September lalu. "Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segera melakukan saringan kontak rapat dan mengesan satu kes positif Covid-19 dan merupakan anak saudara kepada kes indeks pada 19 September lalu," katanya melalui kenyataan media sosial rasmi KKM, hari ini. Noor Hisham berkata, pesakit terbabit sudah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawat...

ISU SEMASA: Bersediakan China berperang?

  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com DALAM tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat beberapa media di negara ini melaporkan dengan tajuk yang mengambarkan beberapa kuasa besar pada masa kini bersiap siaga untuk berperang. Sekadar memetik laporan Berita Harian Online, dengan memetik kenyataan daripada AFP dilaporkan 'China bersedia untuk perang', Laporan AFP berkenaan menyatakan China berang dengan tindakan Amerika Syarikat menghantar 11,000 tentera menjalani latihan ketenteraan besar-besaran di wilayah Pasifik terutama berdekatan Lautan Pasifik Barat. Latihan ketenteraan itu turut disertai kapal perang terbesar serta 100 pesawat bagi menunjukkan kesediaan menghadapi ancaman China di wilayah berkenaan. Dinyatakan, berdasarkan laporan Pentagon, China kini mempunyai kapal perang dan kapal selam yang berjumlah 350 kesemuanya serta armada angkatan laut terbesar berbanding lain-lain kuasa besar dunia pada masa kini. Dilihat keupayaan China masa kini, sasaran n...

COVID-19: Kluster petugas kesihatan Sabah, sumbang 31 kes.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan tiga hospital di Sabah menyumbang kepada Kluster Petugas Kesihatan di Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengesan 31 kes yang dikenalpasti positif Covid-19 dari kluster terbabit. Katanya, jangkitan terbabit dikenalpasti dari hospital Kementerian Kesihatan Malaysia di Sabah iaitu Hospital Queen Elizabeth 2, Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas dan Hospital Keningau "Kesemua kes baharu terbabit terdiri daripada 23 petugas kesihatan dan lapan ahli keluarga serta orang awam," katanya melalui kenyataan media di laman sosial rasmi KKM, hari ini. Menurut Noor Hisham, kluster terbabit dikesan apabila keputusan ujian Covid-19 pada seorang kakitangan Hospital Queen Elizabeth 2 melaporkan diri. "Kakitangan hospital terbabit didapati tidak sihat dan mempunyai gejala batuk dan selesema...

COVID-19: Kluster baharu, babitkan kelahiran pramatang.

Imej
    Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan kluster baharu yang dikenali Kluster Selamat serta membabitkan seorang ibu bagi kelahiran pramatang. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Selamat membabitkan seorang wanita warganegara Malaysia, berusia 32 tahun, didapati positif Covid-19 ketika saringan kemasukan ke Hospital Tawau bagi kelahiran pramatang. "Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif, satu lagi kes positif Covid-19 dikesan dan merupakan pegawai perubatan yang merawat kes indeks," katanya melalui kenyataan media di laman sosial KKM, hari ini. Sementara itu, Noor Hisham berkata, jangkitan baharu  di negara ini terus mengatasi kes pulih menyebabkan kebolehjangkitan kes aktif meningkat hampir 700.  "Sehingga jam 12 tengahari tadi, terdapat 21 kes baharu yang dilaporkan," katanya. Noor Hisham berkat...

COVID-19: Malaysia, jangkitan lepasi 10k.

Imej
   Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia JANGKITAN Covid-19 di Malaysia lepasi angka 10,000 dengan kes aktif kebolehjangkitan juga meningkat setiap hari hingga fasiliti kesihatan negara perlu menampung beban tinggi semula. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam tengahari tadi jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 10,031 kes apabila 62 kes baharu dilaporkan. Noor Hisham berkata, kebolehjangkitan serta kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga semakin meningkat. "Berdasarkan data terkini bagi 15 pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi didapati tiga pesakit perlukan bantuan pernafasan," kata Noor Hisham melalui kenyataan media di laman sosial rasmi KKM, hari ini. Menurut Noor Hisham, enam pesakit lagi adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas, sembilan pesakit dalam lingkungan 21 hingga 56, sembilan pesakit adalah daripada Kluster Sungai, 10 ...

COVID-19: Warga emas positif, ditemui tidak sedarkan diri.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia SEORANG warga emas positif Covid-19 ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Kunak, Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengesan kluster baharu di Kunak, Sabah, dikenali Kluster Pulau. Noor Hisham berkata, kes indeks Kluster Pulau adalah seorang wanita warga emas berusia 68 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri di rumah. "Mangsa dibawa ke Hospital Kunak, dan kemudian dirujuk ke Hospital Tawau bagi rawatan serangan jantung, strok dan penyakit hati," kata Noor Hisham melalui kenyataan media di laman sosial rasmi KKM, hari ini. Beliau berkata, saringan Covid-19 didapati warga emas terbabit positif pada 13 September lalu dan kini mangsa sedang dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. "Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif mendapati lapan lagi kes positif Covid-19 telah dikes...

COVID-19: Saringan kluster aktif, 488 positif daripada 39k saringan,

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia BERDASARKAN kenyataan media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 488 positif Covid-19 dari lebih 39,000 saringan daripada kluster yang masih aktif di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan adalah saringan yang dilakukan hingga jam 12 tengahari, hari ini. Katanya, susulan peningkatan ketara kes dalam kluster-kluster berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dilaksanakan di daerah Kota Setar, Kedah, kawasan Penjara dan Kuarters Penjara di Tawau. "PKPD juga dilanjutkan di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah bagi zon di Zon Melor berikutan keperluan saringan ulangan," kata Noor Hisham melalui laman media sosial rasmi KKM, hari ini. Noor Hisham berkata, beberapa kawasan berisiko tinggi dalam Daerah Kota Setar sudah dikenalpasti dan saringan masih giat dilaksanakan kepada pendudu...

COVID-19: Padah sayang isteri, masuk jalan tikus,

Imej
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia SAYANG seorang suami, seorang warga asing, melawat isterinya melalui jalan tikus menerima padah apabila isteri dan anaknya yang baharu dilahirkan positif Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengenalpasti satu kluster baharu di kalangan Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Kunak, Sabah. Katanya, kes indeks kluster adalah seorang tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau yang sudah dihantar pulang ke tempat asal, Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos lalu. "Pada 5 September lalu, lelaki terbabit menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga, Filipina melalui jalan tikus untuk melawat isterinya di Sabah," katanya melalui media sosial rasmi KKM, hari ini. Menurut Noor Hisham, isteri lelaki terbabit disahkan positif Covid-19 pada 8 September lalu semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pend...

COVID-19: Malaysia, lonjak 182 jangkitan baru, aktif lepasi 500.

Imej
  Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan 182 jangkitan baharu Covid-19 dan melonjakkan jumlah jangkitan hampiri 10,000 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 167 jangkitan baharu Covid-19 yang dikesan, ianya babitkan Kluster Benteng LD, Sabah. Noor Hisham berkata, daripada kluster terbabit, seramai 1,584 yang disaring masih menunggu keputusan saringan. "Ingin dimaklumkan daripada 167 kes baharu, enam kes melibatkan orang awam yang dikesan melalui saringan kontak rapat," katanya melalui kenyataan media di media sosial rasmi KKM, hari ini. Menurut Noor Hisham, Kluster Sungai (Kedah, Pulau Pinang, Perlis) menyumbang 11 kes baharu dan Kluster Telaga (Kedah, Pulau Pinang) sebanyak 3 kes baharu. Sementara itu, Menurut Noor Hisham terdapat satu jangkitan babitkan kes import serta melibatkan warga Filipina yang dilaporkan di Selangor...