COVID-19: Malaysia, lonjak 182 jangkitan baru, aktif lepasi 500.

 

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia









KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan 182 jangkitan baharu Covid-19 dan melonjakkan jumlah jangkitan hampiri 10,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 167 jangkitan baharu Covid-19 yang dikesan, ianya babitkan Kluster Benteng LD, Sabah.

Noor Hisham berkata, daripada kluster terbabit, seramai 1,584 yang disaring masih menunggu keputusan saringan.

"Ingin dimaklumkan daripada 167 kes baharu, enam kes melibatkan orang awam yang dikesan melalui saringan kontak rapat," katanya melalui kenyataan media di media sosial rasmi KKM, hari ini.

Menurut Noor Hisham, Kluster Sungai (Kedah, Pulau Pinang, Perlis) menyumbang 11 kes baharu dan Kluster Telaga (Kedah, Pulau Pinang) sebanyak 3 kes baharu.

Sementara itu, Menurut Noor Hisham terdapat satu jangkitan babitkan kes import serta melibatkan warga Filipina yang dilaporkan di Selangor.

Berdasarkan media rasmi KKM, didapati seramai 2,259 yang sudah disaring sedang menunggu keputusan saringan.


(Penulisan ini dikemaskini pada 11.9.2020: jam 6.30pm)

Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.