COVID-19: Malaysia, jangkitan lepasi 10k.

  

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








JANGKITAN Covid-19 di Malaysia lepasi angka 10,000 dengan kes aktif kebolehjangkitan juga meningkat setiap hari hingga fasiliti kesihatan negara perlu menampung beban tinggi semula.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam tengahari tadi jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 10,031 kes apabila 62 kes baharu dilaporkan.

Noor Hisham berkata, kebolehjangkitan serta kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga semakin meningkat.

"Berdasarkan data terkini bagi 15 pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi didapati tiga pesakit perlukan bantuan pernafasan," kata Noor Hisham melalui kenyataan media di laman sosial rasmi KKM, hari ini.

Menurut Noor Hisham, enam pesakit lagi adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas, sembilan pesakit dalam lingkungan 21 hingga 56, sembilan pesakit adalah daripada Kluster Sungai, 10 pesakit mempunyai latar belakang penyakit kronik.

"14 pesakit lagi mendapat jangkitan dari dalam negara. Manakala, satu pesakit mendapat jangkitan dari luar negara dan kesemua pesakit adalah warganegara Malaysia," katanya.

Kata Noor Hisham, bagi mengelakkan fasiliti kerajaan menampung beban yang tinggi semula, setiap individu daripada semua peringkat dan lapisan masyarakat perlu mainkan peranan patuhi prosedur operasi standard (SOP) serta nasihat-nasihat yang dikeluarkan kerajaan.


(Penulisan ini dikemaskini pada 16.9.2020: jam 6.50pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.