COVID-19: Padah sayang isteri, masuk jalan tikus,


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








SAYANG seorang suami, seorang warga asing, melawat isterinya melalui jalan tikus menerima padah apabila isteri dan anaknya yang baharu dilahirkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengenalpasti satu kluster baharu di kalangan Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Kunak, Sabah.

Katanya, kes indeks kluster adalah seorang tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau yang sudah dihantar pulang ke tempat asal, Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos lalu.

"Pada 5 September lalu, lelaki terbabit menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga, Filipina melalui jalan tikus untuk melawat isterinya di Sabah," katanya melalui media sosial rasmi KKM, hari ini.

Menurut Noor Hisham, isteri lelaki terbabit disahkan positif Covid-19 pada 8 September lalu semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin.

"Beliau didapati bergejala pada 6 September 2020, hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat, dua lagi kes positif Covid-19 sudah dikesan, iaitu anak dan jiran wanita terbabit," katanya.

Noor Hisham berkata, hingga 12 September 2020, 49 individu sudah disaring dari kluster baharu itu, iaitu Kluster Laut.

Sementara itu, hingga jam 12 September 2020 jam 12 tengahari, terdapat 58 kes baharu yang dilaporkan kepada KKM.


(Penulisan ini dikemaskini pada 12.9.2020: jam 6.00pm)

Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.