COVID-19: Sabah cemas, 60 kes daripada 82 jangkitan baharu.

 

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








JANGKITAN harian Covid-19 di Sabah semakin membimbangkan apabila terus mencatatkan kadar jangkitan tinggi dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari hari ini sebanyak 82 kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Noor Hisham berkata, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia kini berjumlah 10,358 kes dan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 665 kes.

"Pada hari ini hingga jam 12 tengahari, jangkitan di Sabah berjumlah 60 kes membabitkan Kluster Benteng LD (41 kes), Kluster Pulau (6 kes), Kluster Selamat (6 kes), Kluster Bangau-Bangau (5 kes), saringan komuniti (1 kes) dan saringan rujukan (1 kes)," katanya melalui kenyataan media di media sosial rasmi KKM, hari ini. 

Noor Hisham berkata, lain-lain jangkitan babitkan negeri Kedah (10 kes), Selangor (1 kes) dan Sarawak (1 kes).

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sudah dimaklumkan oleh KKM terdapat beberapa kluster di Sabah terutama di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

"Pihak polis akan menambah Sekatan Jalan Raya di kawasan terbabit bagi mengawal situasi dalam usaha mengelakkan penularan Covid-19," katanya melalui kenyataan media di media sosial rasmi KKM, hari ini.


(Penulisan ini dikemaskini pada 22.9.2020: jam 6.40pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.