ISU SEMASA: Bersediakan China berperang?
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
DALAM tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat beberapa media di negara ini melaporkan dengan tajuk yang mengambarkan beberapa kuasa besar pada masa kini bersiap siaga untuk berperang.
Sekadar memetik laporan Berita Harian Online, dengan memetik kenyataan daripada AFP dilaporkan 'China bersedia untuk perang',
Laporan AFP berkenaan menyatakan China berang dengan tindakan Amerika Syarikat menghantar 11,000 tentera menjalani latihan ketenteraan besar-besaran di wilayah Pasifik terutama berdekatan Lautan Pasifik Barat.
Latihan ketenteraan itu turut disertai kapal perang terbesar serta 100 pesawat bagi menunjukkan kesediaan menghadapi ancaman China di wilayah berkenaan.
Dinyatakan, berdasarkan laporan Pentagon, China kini mempunyai kapal perang dan kapal selam yang berjumlah 350 kesemuanya serta armada angkatan laut terbesar berbanding lain-lain kuasa besar dunia pada masa kini.
Dilihat keupayaan China masa kini, sasaran negara itu bukannya musuh tradisinya iaitu Amerika Syarikat, sebaliknya kepada kumpulan pemisah Taiwan.
Negara komunis itu berang kerana mendakwa Taiwan adalah negara jajahannya dan harus dikembalikan kepada mereka.
Walaupun, perang saudara membabitkan Taiwan dan China sudah berakhir sejak tahun 1949, pimpinan Komunis China masih beranggapan Taiwan sebahagian jajahan mereka.
Amerika Syarikat sendiri dilihat tidak sanggup berperang dengan China secara langsung kerana kedua-duanya akan mengalami kerugian besar akibat peperangan.
Penulis berpandangan, pembabitan Amerika Syarikat terhadap konflik di wilayah Pasifik, terutama membabitkan pemisah Taiwan adalah secara tidak langsung, bukannya secara langsung.
Peperangan yang dijangkakan berlaku juga dipercayai bukan pada skala besar seperti ketika Peperangan Dunia Kedua, sebaliknya membabitkan negara, wilayah atau kawasan tertentu.
Semoga dunia hari ini bebas daripada sebarang penindasan dan peperangan, kerana ia mewujudkan penderitaan dan pengorbanan yang tidak sewajarnya berlaku.
(Penulisan ini dikemaskini pada 19.9.2020: jam 3.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan