COVID-19: Kluster petugas kesihatan Sabah, sumbang 31 kes.

 


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan tiga hospital di Sabah menyumbang kepada Kluster Petugas Kesihatan di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengesan 31 kes yang dikenalpasti positif Covid-19 dari kluster terbabit.

Katanya, jangkitan terbabit dikenalpasti dari hospital Kementerian Kesihatan Malaysia di Sabah iaitu Hospital Queen Elizabeth 2, Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas dan Hospital Keningau

"Kesemua kes baharu terbabit terdiri daripada 23 petugas kesihatan dan lapan ahli keluarga serta orang awam," katanya melalui kenyataan media di laman sosial rasmi KKM, hari ini.

Menurut Noor Hisham, kluster terbabit dikesan apabila keputusan ujian Covid-19 pada seorang kakitangan Hospital Queen Elizabeth 2 melaporkan diri.

"Kakitangan hospital terbabit didapati tidak sihat dan mempunyai gejala batuk dan selesema pada hari berkenaan," katanya.

Noor Hisham berkata, siasatan dan saringan bagi kontak kakitangan tersebut sudah dijalankan dan beberapa rakan setugas serta ahli keluarganya didapati positif Covid-19.

Sementara itu, Noor Hisham berkata sehingga jam 12 tengahari tadi, terdapat 95 kes baharu dilaporkan dan menjadikan jumlah positif Covid-19 di negara ini seramai 5,305 kes.

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2115 kes dan mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan," katanya.

Katanya lagi, maklumat terkini dilaporkan terdapat dua kematian akibat Covid-19 dan hingga kini kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 129 kes.


(Penulisan ini dikemaskini pada 18.9.2020: jam 6.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.