COVID-19: Penularan dari Sabah meningkat, HSO diwajibkan.

 PERTANDINGAN SAMBUNG AYAT 1

TAHNIAH BUAT 
MUHAMMAD TAMIMY BIN ALIAS
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Sila sambung kesemua perkataan di bawah yang boleh diperolehi dari blog Sulaimansallehkuis2.blogspot.com
(Hanya untuk warganegara Malaysia)

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu pulang dari Sabah susulan peningkatan 11 kes jangkitan dalam tempoh enam hari.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya melaporkan peningkatan jangkitan Covid-19 bagi individu yang pulang dari Sabah sejak 20 September lalu.

Menurut Noor Hisham, bermula 20 September hingga 26 September terdapat 11 kes Covid-19 yang dilaporkan di Semenanjung Malaysia membabitkan individu yang kembali dari Sabah.

"Susulan itu, terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah," katanya melalui kenyataan media di laman sosial rasmi KKM, hari ini.

Noor Hisham berkata, bermula 27 September 2020 hingga 10 Oktober 2020, aktiviti saringan akan dijalankan kepada semua individu yang baharu tiba dari Sabah di semua pintu masuk domestik dan antarabangsa negara.

"Individu terbabit harus memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi ini setiba di pintu masuk domestik atau antarabangsa," katanya.

Menurut Noor Hisham, individu terbabit juga harus jalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) dan dipakaikan gelang kuarantin hingga keputusan makmal diperolehi.

"Sekiranya terdapat individu terbabit perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari berkenaan," kata Noor Hisham.

Beliau berkata lagi, sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu terbabit harus menjalani saringan ulangan bagi Covid-19.

(Penulisan ini dikemaskini pada 26.9.2020: jam 7.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020






Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.