COVID-19: Saringan kluster aktif, 488 positif daripada 39k saringan,


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








BERDASARKAN kenyataan media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 488 positif Covid-19 dari lebih 39,000 saringan daripada kluster yang masih aktif di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan adalah saringan yang dilakukan hingga jam 12 tengahari, hari ini.

Katanya, susulan peningkatan ketara kes dalam kluster-kluster berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dilaksanakan di daerah Kota Setar, Kedah, kawasan Penjara dan Kuarters Penjara di Tawau.

"PKPD juga dilanjutkan di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah bagi zon di Zon Melor berikutan keperluan saringan ulangan," kata Noor Hisham melalui laman media sosial rasmi KKM, hari ini.

Noor Hisham berkata, beberapa kawasan berisiko tinggi dalam Daerah Kota Setar sudah dikenalpasti dan saringan masih giat dilaksanakan kepada penduduk setempat.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, hingga jam 12 tengahari tadi terdapat 31 kes baharu yang telah dilaporkan.

Katanya, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,946 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 615 kes.

"Mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan dan KKM menasihatkan orang ramai supaya terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang diberikan," katanya.


(Penulisan ini dikemaskini pada 14.9.2020: jam 6.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.