COVID-19: Gelombang baharu, Sabah terancam.
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
SABAH terus menjadi penyumbang terbesar bagi jangkitan baharu Covid-19 di negara ini apabila terus mencatatkan kluster baharu dan terbesar
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari hari ini pihaknya mengesan kluster baharu yang dikenali Kluster Kuarters, Tongod, Sandakan, Sabah.
Noor Hisham berkata, kluster baharu itu dikenalpasti hasil saringan yang dijalankan sekitar daerah Tongod dan membabitkan petugas kesihatan
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melakukan sejumlah 117 saringan di sekitar daerah Tongod termasuk petugas kesihatan di Klinik Kesihatan tersebut, dan seramai lima kes dikenalipasti positif Covid-19," kata Noor Hisham melalui kenyataan media di media sosial rasmi KKM, hari ini.
Menurut Noor Hisham, kesemua dari kluster terbabit tidak bergejala dan sudah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk rawatan.
"Seramai 112 individu yang disaring masih menunggu keputusan saringan dan bakal diperolehi keputusannya dalam tempoh terdekat," katanya.
Noor Hisham berkata, Klinik Kesihatan Tongod akan bermula semula setelah aktiviti nyah kuman dan proses pembersihan selesai.
Sementara itu, Noor Hisham berkata hingga jam 12 tengahari tadi, terdapat 57 jangkitan baharu Covid-19 di negara ini dan Sabah menyumbang sebanyak 49 jangkitan baharu.
"Kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,276 dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 751 kes. Mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan," kata Noor Hisham.
Ulasan
Catat Ulasan