COVID-19: Malaysia, kluster baharu hampir setiap hari.


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia









GELOMBANG baharu yang melanda Malaysia sejak 7 September lalu dilihat masih belum reda apabila jangkitan harian masih tinggi dan hampir setiap hari wujud kluster baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari hari ini pihaknya mengesan kluster baharu yang dikenali Kluster Ara di Pulau Pinang.

Noor Hisham berkata, kes indeks kluster itu adalah seorang lelaki berumur 44 tahun dan dikesan positif Covid-19 melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September lalu.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segera melakukan saringan kontak rapat dan mengesan satu kes positif Covid-19 dan merupakan anak saudara kepada kes indeks pada 19 September lalu," katanya melalui kenyataan media sosial rasmi KKM, hari ini.

Noor Hisham berkata, pesakit terbabit sudah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

"Hingga 20 September 2020 pada jam 12 tengahari, sejumlah 16 individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit terbabit sudah disaring dan didapati dua positif Covid-19 dan 14 negatif.

Sementara itu, Noor Hisham berkata sehingga jam 12 tengahari hari ini, terdapat 52 kes baharu yang dilaporkan kepada KKM dan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 10,219 kes.

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 734 kes dan kesemua pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan," katanya.

Noor Hisham berkata, daripada kes baharu berkenaan, 12 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara serta melibatkan tiga warganegara dan sembilan bukan warganegara Malaysia.


(Penulisan ini dikemaskini pada 20.9.2020: jam 6.40pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.