POLITIK: Anuar, bakal PM Malaysia terbaharu?

 PERTANDINGAN SAMBUNG AYAT 1

(RM110.00 - TUNAI) - SUDAH DIBUKA, JUMLAH TUNAI BERTAMBAH SEHINGGA ADA PEMENANG

Sila sambung kesemua perkataan di bawah yang boleh diperolehi dari blog Sulaimansallehkuis2.blogspot.com
(Hanya untuk warganegara Malaysia)


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

BARU-BARU ini negara digemparkan dengan kenyataan Datuk Seri Anuar Ibrahim bahawa kerajaan Pakatan Nasional (PN) sudah hilang sokongan majoriti.

Kenyataan beliau turut dikongsikan di laman Facebook beliau di https://www.facebook.com/watch/?v=2646262755687814&extid=OioO8ztguAfsManX.

Di laman sosial Facebook Anuar Ibrahim juga dinyatakan pentadbiran baharu itu akan tetap menjunjung kedudukan agama Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputra disamping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain.

Sehari selepas sidang media bekas Timbalan Perdana itu diadakan pada 24 September lalu, pelbagai kenyataan balas daripada pemimpim parti politik lain.

Bernama.com melaporkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan menerima maklumat bahawa terdapat ramai ahli parlimen dari Barisan Nasional terutama UMNO menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR itu.

Menurut laporan Bernama.com, sokongan itu adalah untuk membentuk kerajaan baharu.

Berbeza kenyataan mantan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dengan nada sinis di laman Facebook beliau menulis:

"Laman web yang lapor saya antara 19 ahli parlimen UMNO yang sokong Anwar jadi PM juga senaraikan saya sebagai Menteri jaga ekonomi.

Individu yang pernah difitnah ada ijazah juga dilantik Menteri Air, Tanah dan sumber asli.

Nak tanya: Saya report kepada boss saya Menteri Kewangan Guan Eng tak? "

Sementara itu, Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kesemua 18 Ahli Parlimen parti itu masih dan akan terus sokong Perdana Menteri dalam menerajui negara.

Perdana Menteri Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin pula berkata, beliau mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Muhyiddin berkata, dakwaan itu hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata," katanya melalui kenyataan media melalui laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Menurut Muhyiddin, sehingga dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan beliau adalah Perdana Menteri yang sah.

"Saya mohon rakyat bertenang menghadapi situasi ini dan ianya akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

(Penulisan ini dikemaskini pada 25.9.2020: jam 9.30am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.