COVID-19: Gelombang baharu, ancam Malaysia 3 kematian sehari.

 

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








JANGKITAN Covid-19 dalam negara semakin membimbangkan apabila jangkitan harian terus bertambah dari semasa ke semasa lebih seminggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hingga jam 12 tengahari tadi pihaknya mengesan 147 jangkitan baharu Covid-19.

Noor Hisham berkata, jumlah kes positif Covid-19 di negara ini berjumlah 10,505 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 770 kes.

"Kesemua pesakit terbabit sudah diasingkan dan diberi rawatan," katanya melalui kenyataan media di laman sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, maklumat terkini yang dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan terdapat tiga kematian akibat Covid-19.

"Sehingga hari ini, terdapat lapan pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi di mana dua kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Noor Hisham berkata, jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 133 kes.


(Penulisan ini dikemaskini pada 23.9.2020: jam 6.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.