COVID-19: Warga emas positif, ditemui tidak sedarkan diri.

 

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








SEORANG warga emas positif Covid-19 ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Kunak, Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengesan kluster baharu di Kunak, Sabah, dikenali Kluster Pulau.

Noor Hisham berkata, kes indeks Kluster Pulau adalah seorang wanita warga emas berusia 68 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri di rumah.

"Mangsa dibawa ke Hospital Kunak, dan kemudian dirujuk ke Hospital Tawau bagi rawatan serangan jantung, strok dan penyakit hati," kata Noor Hisham melalui kenyataan media di laman sosial rasmi KKM, hari ini.

Beliau berkata, saringan Covid-19 didapati warga emas terbabit positif pada 13 September lalu dan kini mangsa sedang dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

"Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif mendapati lapan lagi kes positif Covid-19 telah dikesan dan kesemua adalah ahli keluarga warga emas terbabit," katanya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, hingga jam 12 tengahari tadi terdapat 23 kes baharu yang dilaporkan dan kini terdapat jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 9,969 kes.

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 632 kes dan kesemua pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan," katanya.


(Penulisan ini dikemaskini pada 15.9.2020: jam 6.10pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.