COVID-19: Kluster baharu, babitkan kelahiran pramatang.

   

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) mengesan kluster baharu yang dikenali Kluster Selamat serta membabitkan seorang ibu bagi kelahiran pramatang.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Selamat membabitkan seorang wanita warganegara Malaysia, berusia 32 tahun, didapati positif Covid-19 ketika saringan kemasukan ke Hospital Tawau bagi kelahiran pramatang.

"Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif, satu lagi kes positif Covid-19 dikesan dan merupakan pegawai perubatan yang merawat kes indeks," katanya melalui kenyataan media di laman sosial KKM, hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, jangkitan baharu  di negara ini terus mengatasi kes pulih menyebabkan kebolehjangkitan kes aktif meningkat hampir 700.

 "Sehingga jam 12 tengahari tadi, terdapat 21 kes baharu yang dilaporkan," katanya.

Noor Hisham berkata, hingga kini jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,052 kes dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 674 kes.

"Kesemua pesakit Covid-19 terbabit sudah diasingkan dan diberi rawatan," kata Noor Hisham.


(Penulisan ini dikemaskini pada 17.9.2020: jam 6.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.