SULAIMAN SALLEH: Mencari salsilah keluarga.
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Selama hampir 30 tahun aku mengkaji salasilah keluarga di sebelah moyang (Napsiah bte Abdul Latif) meninggal tahun 1936 pada usia 70 tahun. Menurut arwah Mak, moyangku itu memberitahu keluarganya bahawa dia berasal dari Linggi, Negeri Sembilan.
Kisah kehidupannya berhijrah dari suatu daerah di Negeri Sembilan, singgah di Melaka hingga menetap di Muar hanya diceritakan beberapa tahun sebelum dia meninggal dunia.
Pernah beberapa kali aku bersama arwah poksu Abas ke Linggi untuk mencari keluarga sebelah moyangku itu, tetapi tidak ditemui keluarganya di sana. Hanya beberapa catatan dari kitab-kitab lama ada menyatakan sejarah yang berkaitan masa moyangku masih hidup.
Kajian dari bahan catatan sejarah, sukar untuk aku temui salasilah moyangku itu, yang ditemui beberapa fakta mengenai suaminya iaitu Tahir bin Mahmud. Suaminya itu adalah ahli perniagaan yang selalu ke Siak.
Aku mengambil langkah berbeza, berdasarkan bukti-bukti lisan dari arwah Mak dan saudara mara mengenai moyangku itu. Dari sumber-sumber lisan itu aku membuat penelitian dan kajian sendiri. Berdasarkan bukti lisan itu juga aku menuju ke beberapa lokasi yang dipercayai moyang aku pernah berada di situ.
Sepanjang perjalanan ke lokasi itu, perjalanan aku lancar dan apabila berada di sana, bukti lisan itu mempunyai banyak persamaan dari sumber dan mereka memberi kerjasama yang baik.
Semangat aku mengkaji dan mengesan keluarga moyangku itu juga dipengaruhi oleh persamaaan cerita dari arwah Mak (sejak aku berusia belasan tahun) bahawa keluarga moyangku dari sebelah Negeri Sembilan tahu bahawa moyangku masih hidup semasa mencarinya, tapi pencarian itu pada zaman British (sebelum merdeka). Aku tidak pasti kenapa keluarga sebelah moyangku dari Negeri Sembilan tidak meneruskan pencariannya.
Persamaan bukti lisan dari arwah Mak dengan kisah moyang menjadi semakin kukuh apabila kira-kira 20 tahun lalu, semasa aku sedang makan di sebuah restoran di Kuala Lumpur, berdekatan tempat kerja pada masa itu, terdengar seseorang bercerita, jalan ceritanya sama seperti yang arwah Mak ceritakan. Tetapi, jalan ceritanya dari sudut keluarga moyangku di Negeri Sembilan. Caranya bercerita juga menunjukkan bahawa moyangku antara pewaris adat.
Persamaan antara kedua-dua sumber walaupun semuanya adalah sumber lisan. Kini, aku dapati terdapat dua budaya masyarakat dan adat yang berbeza antara keluarga moyangku di Negeri Sembilan dan keluarganya yang membesar di Johor. Selepas hampir 100 tahun, mereka dipisahkan oleh cara hidup yang berbeza, dan terlalu sukar untuk keluarga di Johor menerima cara kehidupan berdasarkan Adat Pepatih.
Adat Temenggung di Johor dan Adat Pepatih di Negeri Sembilan mempunyai perbezaan yang ketara. Keputusan moyangku memilih satu daripada adat yang berbeza dan hidup bersama seorang suami yang kekal hingga akhir hayat, juga harus dihormati.
Zaman moyangku membesar sekitar awal kurun ke-19, adalah zaman yang penuh konflik masyarakat dan peperangan. Sepanjang aku mengkaji salasilah moyangku banyak perkara-perkara yang menyentuh mengenai krisis keluarga dan masyarakat.
Terdapat juga sumber yang membantu kajian secara lisan menarik diri pada saat akhir pertemuan. Hingga kini, selepas hampir 20 tahun sumber kajian lisanku itu terus meminggirkan diri dari kajianku. Apabila diteliti berdasarkan kajian catatan sejarah, dipercayai satu daripada keluarga moyangnya pernah berkonflik dengan keluarga moyangku yang terdahulu.
Catatan ini adalah permulaan bagi aku menulis mengenai moyangku kerana dia menyimpan seribu rahsia yang tersembunyi.
(Sulaiman Salleh. (18.2.2020)-dikemaskini

Ulasan
Catat Ulasan