COVID-19: 29 negara masih terselamat.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

SUDAH hampir lapan bulan Covid-19 tersebar dan mengancam keselamatan manusia sejagat. Dalam tempoh itu, masih terdapat beberapa negara masih terselamat daripada ancaman virus pembunuh itu.

Wikipedia menyatakan di seluruh dunia terdapat kira-kira 240 wilayah dan negara. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) senaraikan 204 wilayah atau negara di seluruh dunia. sebanyak 193 negara itu sudah menyertai pertubuhan itu.

Bagaimanapun, data dari Johns Hopkins University senaraikan hingga penulisan ini dikemaskini, terdapat sebanyak 211 wilayah dan negara di seluruh dunia dijangkiti Covid-19.

Berdasarkan jumlah wilayah dan negara yang disenaraikan oleh Wikipedia, terdapat 29 negara masih terselamat daripada ancaman Covid-19.

Dipercayai negara terbabit melakukan pencegahan awal untuk memastikan negara terbabit terus kekal selamat dari ancaman virus. Hingga penulisan ini dikemaskini, ia sudah menjangkiti lebih 17.33 juta dengan hampir 700,000 kematian.

Vaksin penyembuhnya masih belum ditemui secara rasminya, dijangka ditemui akhir tahun 2020 atau sekitar tahun 2021, tempoh penemuannya masih jauh dan ancamannya sangat mengerunkan.


(Artikel ini dikemaskini:1.8.2020: jam 12.30am):

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.