RENCANA: 2021, varian Covid-19 ancam dunia.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








AKHIR 2019 lalu dunia dikejutkan dengan kehadiran sejenis virus yang dikenali coronavirus di Wuhan, China, kini  virus itu lebih dikenali Covid-19. Akhir 2020 pula dunia dikejutkan dengan kehadiran varian yang bermutasi dari virus pembunuh itu.

Hingga penulisan ini dikemaskini dan pemerhatian daripada laporan media antarabangsa varian baharu itu dikatakan sudah dikesan lebih 10 negara antaranya United Kingdom, Perancis dan termasuk China.

Varian terbabit yang berlainan daripada yang lazim pada virus Covid-19 lebih mudah berjangkit, hingga 70 peratus, antara individu.

Keupayaan mudah berjangkit antara individu serta kebal daripada vaksin yang diusahakan bagi mengekang pandemik virus pembunuh itu dibimbangi dunia semakin sengsara akibat kewujudan varian baharu itu.

Antara vaksin Covid-19 yang difahamkan sudah memasuki ujian klinikal fasa ketiga adalah vaksin Sputnik V (Gamaleya Research Institute); BNT162b2 (BioNTech, Pfizer,  CoronaVac (Sinovac Biotech); mRNA-1273 (Moderna); Fosun Pharma); CTII-nCoV (CanSino Biologics); dan AZD1222 (AstraZeneca, Universiti Oxford)

Di antara vaksin Covid-19 di atas, vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 diwarwarkan bakal digunakan di Malaysia dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Jelasnya, tahun 2021 memberi cabaran baharu berkaitan cara kehidupan yang sedang berubah selepas pandemik Covid-19 pada awal Mac 2020 lalu.

Tahun 2021 ini, penulis berpandangan varian yang sedang merebak di beberapa negara di dunia memberi cabaran baharu selain pandemik Covid-19.

Menyekat kehadiran varian baharu itu memasuki negara yang dicintai ini adalah langkah terbaik. Kerjasama rakyat Malaysia keseluruhannya dan bersatu hati mengawalnya adalah cara terbaik.

Harus diketepikan segala pandangan peribadi, pandangan politik, pemikiran berbeza hingga mewujudkan ketidakselesaan di kalangan masyarakat.

Terlalu awal untuk menyatakan bahawa negara mampu mengekang kehadiran varian baharu itu di negara ini kerana segala-galanya boleh berlaku.

Cara terbaik mengawal kemasukan varian baharu itu dan pandemik Covid-19 ke negara ini adalah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi penguatkuasa lain.

Penyelesaian terbaik memutuskan rangkaian virus pembunuh itu adalah masyarakat negara ini harus bersatu hati dan bekerjasama dengan agensi kerajaan terbabit  memerangi virus pembunuh ini. 

Semoga tahun 2021 yang dilalui ini memberi harapan baharu kepada negara ini dan dunia untuk kembali tenang dan aman.


(Penulisan ini dikemaskini pada 2.1.2020: jam 12.00 tengahari)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.