RENCANA: Covid-19, media sosial medium kebencian.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

PANDEMIK Covid-19 mengubah cara kehidupan harian dan media sosial dilihat semakin menjadi keperluan harian masyarakat negara ini.

Pelbagai medium media sosial seperti facebook, telegram, instragram, whatsapp dan sebagainya dijadikan alat komunikasi di kalangan masyarakat.

Mengambil pandangan yang dikemukakan oleh Dr Murni Wan Mohd Nor, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia, beliau menyatakan aplikasi media sosial berupaya dijadikan sebagai perbincangan kebencian di kalangan masyarakat.

Menurut Dr Murni, beliau pernah melakukan penyelidikan dengan Dr Ahmad El-Muhammady mengenai perbincangan keganasan dalam kumpulan aplikasi Telegram.

Difahamkan, aplikasi media sosial itu dikendali seorang ahli kumpulan pengganas yang berasal dari Malaysia iaitu Wanndy.

"Dalam pemerhatian itu, Wanndy dilihat berjaya mempengaruhi minda seseorang melalui proses menjadikan keganasan sebagai suatu kebiasaan."

"Ini bukan kaedah baharu digunakan untuk menanam sifat radikal. Kaedah sama digunakan kepemimpinan Nazi menyebarkan propaganda hingga mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica dan pembersihan etnik Tutsi oleh etnik Hutu di Rwanda."

Selain itu Dr. Murni menyatakan, sentimen kebencian secara perlahan-lahan menghilangkan sifat kemanusiaan dan memangsakan suatu golongan hingga mesej kebencian menjadi kebiasaan dan diterima sesebuah komuniti masyarakat. 

"Ketika ini, sudah menjadi seakan-akan kebiasaan buah mulut sesama etnik dan kaum masing-masing serta berlangsungnya adegan menuding jari dengan membabitkan aspek keagamaan apabila berlaku suatu masalah, kita sering menuding salah kepada kumpulan lain."

Dr Murni menjelaskan pandangannya dengan mengambil contoh pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara.

"Masyarakat memandang berat kepada isu peningkatan kes COVID-19. Situasi ini mungkin menyumbang kepada wujudnya ucapan kebencian dan kemarahan dalam talian kerana masing-masing cuba mencari sesuatu atau seseorang untuk dipersalahkan."

Difahamkan, penyelidikan 'The Centre' menunjukkan terdapatnya peningkatan mendadak ucapan berbentuk rasis dan dikongsi di pelbagai platform media sosial. Peningkatannya selari dengan meningkatnya jumlah kes positif COVID-19.

Sekadar mengambil contoh pandangan pandemik Covid-19 yang dikemukakan Dr Murni mengenai mula penularan itu berlaku, kesalahan mengenainya diarahkan kepada negara China hingga bangsa Cina di negara ini turut menerima tempiasnya. 

"Kemudian, kesalahan itu dihalakan pula kepada kluster Tabligh dan sesiapa sahaja berkaitan dengannya."

"Selepas itu, masyarakat seakan-akan 'bersatu' pula menghamburkan kebencian kepada pendatang dan pelarian sebelum menghalakan kesalahan penyebaran COVID-19 yang meningkat kembali kepada suatu golongan masyarakat pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah."

Menurut Dr Murni, medium media sosial seharusnya digunakan secara berhemah, berhati-hati dan mempertimbangkan perkara-perkara yang ingin dikongsikan.

Penulisan penuh Dr Murni Wan Mohd Nor boleh dilayari di Berita Harian Online.

Semoga pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara dan dunia hari ini dijadikan sebagai pengajaran bermakna dalam kehidupan bukannya medium kebencian di kalangan masyarakat.


(Artikel ini dikemaskini pada 20.11.2020: jam 12.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.