Malaysia, hujan lebat dan angin kencang hingga Jun 2021.

Sulaimansalleh2015@gmail.com

LAPORAN rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negara ini bakal mengalami keadaan angin kencang dan hujan lebat di beberapa negeri dan wilayah hingga Jun 2021.


Menurut laporan rasmi di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Januari hingga Jun 2021 yang dilaporkan adalah berdasarkan konsensus ahli meteorologi melalui penganalisaan beberapa model tinjauan iklim terpilih.

Dinyatakan, kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan keadaan La NiƱa sedang berlaku dan dijangka berterusan sehingga Mei.

Menurut MetMalaysia, Fasa Monsun Timur Laut telah bermula pada 11 November 2020 lalu dan dijangka akan berterusan sehingga Mac 2021. 

Difahamkan, sepanjang tempoh monsun ini, Malaysia dijangka cenderung menerima tiupan angin yang lebih kencang dan berterusan dari arah timur laut dengan kelajuan di antara 10 hingga 20 kilometer per jam.

Beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh dijangka berlaku terutama di negeri-negeri pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

Januari 2021: Dijangkakan kebanyakan kawasan di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 20mm hingga 150mm. 

Manakala beberapa kawasan di utara Terengganu, timur Pahang dan timur Johor dijangka
menerima hujan pada paras purata antara 250mm hingga 500mm. 

Tempat - tempat lain di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 50mm hingga 300mm. 

Februari 2021: Dijangkakan kebanyakan kawasan di negeri Perlis, utara Kedah serta Pulau Pinang
di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 20mm hingga 100mm.
Manakala tempat-tempat lain di Semenanjung dijangka menerima hujan antara 50mm hingga
260mm. 

Mac 2021: Dijangkakan kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada
paras purata antara 100mm hingga 350mm. 

Di negeri Sarawak, bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu dijangka menerima hujan pada paras sedikit bawah purata antara 200mm hingga 270mm, dan bahagian Bintulu, Kapit, Belaga, Miri, serta Limbang dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 360mm. 

Di negeri Sabah pula dijangka menerima hujan pada paras purata antara 50mm hingga 250mm, kecuali bahagian Sandakan yang dijangkakan menerima hujan sedikit melebihi purata antara 230mm hingga 270mm.

Manakala bagi Wilayah Persekutuan Labuan dijangka akan menerima hujan pada paras purata
antara 100mm sehingga 150mm.

April 2021: Dijangkakan, kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada
paras purata antara 50mm hingga 400mm. 

Di negeri Sarawak, bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu dijangka menerima hujan sedikit bawah purata antara 150mm sehingga 250mm. 

Manakala bahagian lain dijangka menerima hujan pada paras purata antara 150mm hingga 350mm. Negeri Sabah pula dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu antara 50mm hingga 250mm. 

Kawasan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu antara 200mm hingga 250mm.

Mei 2021: Dijangkakan keadaan cuaca negara dipengaruhi oleh fasa Monsun Barat Daya. Dalam tempoh Monsun Barat Daya yang biasanya bermula pada pertengahan Mei hingga September, kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka berkurangan dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan.

Pada bulan ini kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 330mm kecuali di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangka menerima hujan sedikit bawah purata antara 90mm hingga 260mm. 

Di negeri Sarawak pula, bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Bentong, Sarikei, dan Sibu
dijangka menerima hujan sedikit bawah purata antara 140mm hingga 260mm, manakala di
bahagian Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang dijangka menerima hujan pada paras purata antara
150mm hingga 300mm. 

Manakala negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm.

Jun 2021: Dijangkakan kebanyakan negeri di Semenanjung akan menerima hujan pada paras
purata antara 100mm hingga 300 mm. Negeri Sarawak dijangka menerima hujan pada paras
purata antara 150mm hingga 300mm. 

Manakala negeri Sabah dan W.P Labuan juga dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm.

Maklumat lanjut mengenai keadaan cuaca berkenaan sila layari Jabatan Meteorologi Malaysia.


(Artikel ini dikemaskini pada 2.1.2021: jam 11.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.