COVID-19: Penerima vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 dijangkiti.

Sulaiman Salleh 
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia       
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia.








DAKWAAN keberkesanan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 terjejas apabila ABC News, sebuah media di Amerika Syarikat mendedahkan seorang jururawat berusia 45, bertugas di California dijangkiti Covid-19 walaupun sudah menerima suntikan vaksin berkenaan.

ABC News melaporkan, jururawat berkenaan disahkan positif Covid-19 selepas seminggu menerima suntikan vaksin berkenaan, iaitu pada 18 Disember lalu.

Difahamkan, ketika ujian klinikal yang dilakukan, vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 mengambil tempoh masa sekitar 10 hingga 14 hari untuk benar-benar berfungsi dan memberi perlindungan kepada penerima vaksin berkenaan.

Penerima vaksin berkenaan juga perlu mengambil dua kali suntikan bagi mendapatkan perlindungan sehingga 95 peratus.

Hingga kini, hampir kesemua kuasa besar dunia antaranya Amerika Syarikat, China dan Russia mendakwa negara mereka hampir berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 dan sudah memasuki ujian klinikal fasa ketiga.

Antara vaksin Covid-19 yang difahamkan sudah memasuki ujian klinikal fasa ketiga adalah vaksin Sputnik V (Gamaleya Research Institute); BNT162b2 (BioNTech, Pfizer,  CoronaVac (Sinovac Biotech); mRNA-1273 (Moderna); Fosun Pharma); CTII-nCoV (CanSino Biologics); dan AZD1222 (AstraZeneca, Universiti Oxford)

Di antara vaksin Covid-19 di atas, vaksin adalah Pfizer-BioNTech Covid-19 diwarwarkan bakal digunakan paling awal di Malaysia kerana berdasarkan laporan media antarabangsa, vaksin berkenaan sedang digunakan di United Kingdom dan Kanada.

Baru-baru ini Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 selamat dan berkesan digunakan.

Keberkesanan vaksin-vaksin Covid-19 yang kebanyakan dibangunkan kuasa-kuasa besar dunia sentiasa diragui keberkesanannya kerana jangkitan di negara-negara terbabit seperti Rusia dan Amerika Syarikat masih tinggi.

Juga, varian yang bermutasi daripada virus Covid-19 juga dikatakan akan kebal daripada vaksin yang didakwa memberi perlindungan kira-kira 95 peratus penerima vaksin berkenaan.

Laporan media berkaitan juga boleh dilayari: https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/12/770399/jururawat-positif-covid-19-seminggu-selepas-disuntik-vaksin-pfizer


Artikel ini dikemaskini pada 30.12.2020: jam 9.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.