RENCANA: Kenali filem dan drama.

Sulaimansalleh2015@gmail.com

PERBINCANGAN mengenai kualiti dan kandungan sesebuah filem dan drama yang dihasilkan di negara ini tidak pernah berakhir.

Pelbagai kritikan dari semasa ke semasa mengenai produk yang dihasilkan itu, hingga terdapat segelintir pengarah dan pelakon serta kru pengambaran berkecil hati dengan kritikan yang diterima.

Sebelum seseorang berupaya mengkritik produk berkenaan seharusnya dirinya mempunyai pengetahuan asas mengenai kritikan yang diberikan, terutama berupaya membezakan antara filem dan drama.

FILEM
Secara umum, filem dimaksudkan sebagai gambar bergerak yang ditayangkan pada layar, biasanya di pawagam. Filem turut dikenali sebagai wayang gambar (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015).

Jalan cerita dalam sesuatu filem pula berdasarkan skrip yang ditulis bagi menerangkan adegan diisi dengan watak-watak tertentu yang dilakukan oleh pelakon. Kebiasaannya, sesebuah filem mempunyai banyak aksi berbanding dialog yang dituturkan oleh pelakon.

Sebaik sesuatu filem berjaya disiapkan, ianya akan ditayangkan di pawagam terlebih dahulu kerana bayarannya lebih lumayan iaitu berdasarkan kutipan daripada penonton dan perkongsian dengan pemilik sesebuah panggung wayang.

DRAMA
Sementara itu, drama pula secara umumnya diberi pengertian sebagai karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio atau TV. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015).

Sekadar mengambil contoh drama TV yang ditayangkan di saluran TV perdana di negara ini antaranya TV1, TV2, TV3 dan sebagainya.

Kebanyakan drama yang ditayangkan saluran televisyen samada secara bersiri, contohnya 20 episod (seminggu sekali), bermusim (mengikut perayaan) atau secara tajaan.

Berbeza dengan filem, drama akan banyak dialog berbanding aksi pelakon.  Pelakon pula harus menghafal skrip dengan baik bagi membolehkan sesuatu drama dapat dihasilkan seperti mana diharapkan.

Penulis akan menerangkan perbincangan lanjut pada penulisan lain pada masa terdekat bagi membincangkan mengenai filem dan drama di negara ini.

Untuk bacaan pertama ini, penulis berpandangan sudah memadai sekadar mengenali perbezaan antara filem dan drama.

Semoga perkongsiaan ringkas ini membantu pembaca untuk memperkayakan mutu filem dan drama tempatan yang berdasarkan nilai-nilai murni.

(Artikel ini dikemaskini pada 16.1.2021: jam 10.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.



Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.