RENCANA: Penawar sebenar Covid-19.
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
PANDEMIK Covid-19 melanda negara seawal Mac 2020 lalu dan sehingga kini negara berhadapan tiga gelombang penularan virus pembunuh itu.
Sebelum ini, negara berjaya mengharungi kedua-dua gelombang pandemik Covid-19 dengan jayanya apabila mencatatkan angka kurang 10 untuk tempoh beberapa minggu. Malah, dalam tempoh itu terdapat jangkitan sifar untuk beberapa hari.
Kejayaan mengawal gelombang pertama dengan jayanya, membuatkan sebahagian rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa negara sedang berhadapan gelombang kedua Covid-19. Kejayaan itu dipercayai banyak dipengaruhi kejayaan hadapi gelombang pertama sebelum ini.
Bagaimanapun, gelombang ketiga negara yang berlaku bermula 11 September 2020 lalu mengejutkan ramai rakyat Malaysia dan hingga kini catatan harian masih melebihi 1,000 jangkitan sehari.
Pelbagai pihak saling salah menyalahkan antara satu sama lain dan terdapat juga individu mengkaitkannya dengan pilihanraya kecil di Sabah baru-baru ini.
Penulis beranggapan pilihanraya kecil itu turut menyumbang penambahan jangkitan di negara ini tetapi ianya bukanlah penyebab utama. Amat sukar untuk dicari dan diberi jawapan utama mengapa penambahan jangkitan harian itu.
Sekali lagi ingin dinyatakan, mencontohi kejayaan mengawal penularan Covid-19 pada gelombang pertama dan kedua haruslah diteruskan untuk mengawal penularan virus berbahaya itu di negara ini.
Menuding jari dengan salah menyalahkan antara satu sama lain bukanlah cara terbaik mengawal penularan virus pembunuh itu.
Penawar sebenar Covid-19 adalah mengekalkan hubungan silaturahim dan kerjasama serta berbaik antara rakyat negara ini adalah penawarnya.
(Artikel ini dikemaskini pada 15.11.2020: jam 7.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan