FAKTA KEAJAIBAN BUKU.

Sulaimansalleh2015@gmail.com

BUKU mempunyai sejarah kewujudannya yang sungguh istimewa, dipercayai Diamond Sutra yang tercatit cetakannya pada 868 masehi adalah buku dicetak yang tertua di dunia. Pada masa ini buku berkenaan di simpan di British Library, London.

Perkembangan dalam teknologi komunikasi ini seterusnya dikesan di China sekitar 1041 masehi apabila seorang rakyat China bernama Pi Sheng mencipta taip cerai untuk percetakan buku. Alat ciptaan Pi Sheng itu seolah-olah membuka laluan seterusnya dalam perkembangan teknologi komunikasi apabila taip logam didapati digunakan di Korea sekitar tahun 1241 masehi bagi mengantikan huruf batu yang digunakan sebelum itu.  

Era percetakan komunikasi semakin dimajukan apabila pada tahun 1456, kitab injil Gutenberg dicetak dengan taip cerai dari jenis logam dan menggunakan mesin cetak tangan. 

 

 

Lakaran wajah Gutenberg yang dikatakan mencipta mesin cetak yang pertama. 

 

 

 

Lakaran mesin cetak Gutenberg


Melalui perkembangan teknologi yang memberangsangkan maka pada tahun 1833, media untuk diedarkan secara dalam kuantiti yang banyak bermula apabila akhbar pertama Penny Press diterbitkan oleh The New York Sun. Teknologi dalam fotografi turut membantu peningkatan pengedaran akhbar apabila pada tahun 1839, cara fotografi yang praktikal berjaya dicipta oleh Daguerre yang seterusnya digunakan secara meluas oleh akhbar pada masa itu. 



Artikel ini dikemaskini pada 23.12.2020: jam 4.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.